awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Misi Kemanusiaan GSF 2.0 dijangka dilancar pertengahan tahun ini - Sani Araby
Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM
Mekanisme latihan, perlindungan sosial pekerja gig sedang diperhalusi - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 kes rabies babit haiwan direkodkan di Sarawak minggu ini

Bernama
Bernama
25/08/2023
09:22 MYT
10 kes rabies babit haiwan direkodkan di Sarawak minggu ini
Sarawak sedang giat memantau situasi wabak berkenaan dan memperbanyak program vaksinasi antirabies di seluruh negeri. - Gambar hiasan
KUCHING: Sarawak merekodkan 10 kes rabies melibatkan haiwan minggu ini, menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri Dr Adrian Susin Ambud.
Beliau berkata empat kes daripadanya dikesan di Kuching, dua di Padawan manakala masing-masing satu kes di Samarahan, Serian, Lundu dan Bintulu.
Menurut Dr Adrian, Sarawak sedang giat memantau situasi wabak berkenaan dan memperbanyak program vaksinasi antirabies di seluruh negeri.
"Kami (JPV Sarawak) ingin merayu semua pemilik anjing supaya menghantar haiwan mereka untuk vaksinasi rabies kerana ia diwajibkan mengikut Seksyen 40 Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.
"Pemilik anjing mesti bertanggungjawab memastikan haiwan peliharaan mereka divaksin dengan vaksin antirabies,"katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya akan mengadakan program vaksinasi rabies di Dewan Terbuka Sepupok, Niah di Miri pada esok dan Ahad ini manakala di Stadium Terbuka Song, Kapit dan Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Sungai Tapang Hilir, Kuching esok.
Pada 15 Ogos lepas, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom dilaporkan berkata negeri itu mengalami peningkatan kes rabies haiwan dan manusia dengan 13 kematian daripada 15 kes rabies direkodkan tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#rabies
#anjing liar
#Dr Adrian Susin Ambud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan