KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sejumlah 10 kluster baharu COVID-19 dikesan dalam negara hari ini.

Dua kluster dikesan masing-masing di Selangor, Sabah dan Kuala Lumpur, sementara masing-masing satu kluster di Labuan, Melaka, Pahang dan Johor.

Berikut merupakan perincian kluster baharu yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini:

KLUSTER JALAN PANDAN INDAH

KLUSTER DTI SEPANG 2

KLUSTER TAMAN IKAN JINAK

KLUSTER JALAN MAWILA

KLUSTER JALAN PERAK

KLUSTER JALAN MENERUNG

KLUSTER TAPAK BINA JALAN YAP

KLUSTER RANTAU LADA

KLUSTER PANTAI PERINGGIT

KLUSTER JALAN MOHAMMED SALLEH

Selain itu, secara keseluruhan terdapat sebanyak 651 kluster telah dilaporkan termasuk 10 kluster baharu pada hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 359 kluster, termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bayam Indah, Kluster Tapak Bina Jesselton, dan Kluster Andalas.

"Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 292 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 86 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

"Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Lebuh (253 kes), Kluster Jalan Rantau–Siliau (96 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (94 kes)," katanya.