awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 kompaun kesalahan merokok di Labuan

Bernama
Bernama
07/01/2020
03:03 MYT
10 kompaun kesalahan merokok di Labuan
Sepanjang 2019, sebanyak 2,033 lawatan premis dijalankan untuk menjayakan kempen kesedaran dan pendidikan bagi tujuan penguatkuasaan PPKHT 2004 (Pindaan) 2018 tahun ini. - Gambar hiasan
Seramai 10 perokok dikenakan kompaun berjumlah RM2,500 atas kesalahan merokok di premis makanan sepanjang tempoh operasi penguatkuasaan larangan merokok di kawasan itu pada 1 hingga 4 Jan lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata kompaun itu dikeluarkan di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 (Pindaan) 2018.
Beliau berkata sebanyak 144 premis makanan diperiksa sepanjang empat hari operasi yang diadakan di sekitar Labuan dan tiada notis dikeluarkan kerana pemilik premis mematuhi peraturan mempamerkan tanda larangan merokok di premis masing-masing.
"Bagaimanapun, sebuah premis makanan diarah tutup sementara atas kesalahan melanggari aspek kebersihan ketika operasi larangan merokok itu dijalankan," katanya.
Sebelum pelaksanaan penguatkuasaan penuh larangan merokok di premis makanan, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Labuan telah menjalankan sesi kesedaran dan pendidikan selama setahun dengan mengadakan pelbagai program di serata Labuan.
"Sepanjang tahun 2019, sebanyak 2,033 lawatan premis dijalankan untuk menjayakan kempen kesedaran dan pendidikan bagi tujuan penguatkuasaan PPKHT 2004 (Pindaan) 2018 tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#kempen kesedaran
#kompaun
#Labuan
#larangan merokok
#notis
#operasi
#pendidikan
#premis makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan