awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Jawatan Pengerusi PN tidak semestinya saya' - Hadi Awang
Warga emas mengaku tidak bersalah miliki bahan letupan di Nilai
Enam termasuk tiga beradik didakwa tetak tiga lelaki di depan restoran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 PATI ditahan menerusi Op Benteng

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/04/2021
11:30 MYT
10 PATI ditahan menerusi Op Benteng
Ismail Sabri Yaakob berkata, 90 peratus daripada jumlah individu yang ditahan dalam tempoh 24 jam adalah memlibatkan pengunjung pusat hiburan. - Gambar hiasan/Twitter/Bernama
KUALA LUMPUR: Sejumlah 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Benteng dalam tempoh 24 jam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan penguat kuasa turut merampas sebuah kapal dan tiga buah kenderaan darat.
"Sebanyak 113 buah kapal turut dikesan di perairan negara melalui sembilan aktiviti penglihatan (operasi pemantauan) sementara enam PATI turut diusir," katanya dalam kenyataan media di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, 248 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau berkata, daripada jumlah itu tiga direman, 17 dibenarkan dijamin sementara selebihnya dikenakan kompaun.
"Daripada jumlah yang ditahan hampir 90 peratus adalah pengunjung pusat hiburan iaitu 205 individu," jelasnya.
Lain-lain kesalahan katanya melibatkan tidak memakai pelitup muka, rentas negeri atau daerah, gagal merekodkan butiran diri menggunakan aplikasi MySejahtera serta tiada penjarakan fizikal.
Topic Berkaitan
#ingkar SOP
#PKP
#ismail sabri yaakob
#COVID-19
#pusat hiburan
#pelitup muka
#MySejahtera
#penjarakan fizikal
#reman
#kompaun
#dijamin polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan