MALAYSIA
10 pegawai, bekas pegawai bank didakwa terima rasuah daripada firma guaman
Pertuduhan dibuat di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
SHAH ALAM: Seramai 10 pegawai dan bekas pegawai bank dihadapkan Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan menerima rasuah daripada beberapa firma guaman sebagai balasan mencadangkan mereka sebagai penyedia dokumen pembiayaan perumahan.
Ringkasan AI
Kesemua pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Di Mahkamah Sesyen 1, enam tertuduh didakwa secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin, atas pertuduhan menerima rasuah daripada firma guaman Erifarizan & Hilyatu dan Tan Norizan & Associates.
Empat daripada mereka iaitu Siti Zuraida Mohd Zulkifli, 39; Hazrina Ghazali, 37; Zaiton Nasir, 29; dan Tharani Manivasagam, 34, masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima suapan masing-masing berjumlah RM2,100; RM5,029; RM4,555 dan RM22,980.
Dua lagi tertuduh iaitu Nor Azlina Yahaya, 34, dan Dayana Intan Shazwani Salbani, 35, bagaimanapun mengaku bersalah atas sembilan dan 11 pertuduhan masing-masing melibatkan RM14,594 dan RM19,211.
Hakim menjatuhkan hukuman denda RM45,000 terhadap Nor Azlina dan RM50,000 terhadap Dayana.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nidzuwan Abd Latip dan Nurul Izzati Sapifee serta Pegawai Pendakwa (PO) Mohamad Safari Abdullah.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen 2, empat tertuduh didakwa secara berasingan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud. Tiga daripada mereka mengaku bersalah manakala seorang lagi mengaku tidak bersalah.
Kong Tzu Mei, 39, mengaku bersalah atas empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM15,040 daripada firma guaman Arizal Jailani & Co. antara Disember 2019 hingga Mac 2022. Hakim menjatuhkan hukuman denda RM28,000.
Rose Irnieda Mohamed, 45, turut mengaku bersalah atas satu pertuduhan menerima RM2,183 daripada firma guaman Erifarizan & Hilyatu pada April 2019. Hakim menjatuhkan hukuman denda RM4,000.
Koid Beng Seng, 34, mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan pilihan melibatkan suapan RM17,520 daripada firma guaman Tan Norizan & Associates antara Februari 2022 hingga Februari 2023. Hakim menjatuhkan hukuman denda keseluruhan RM31,000 bagi semua pertuduhan.
Dalam pada itu, Mohd Arif Syafiq Jamalludin, 35, mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan menerima RM13,320 daripada Khoo Boon Han bagi pihak firma guaman Tan Norizan & Associates antara Februari hingga Oktober 2022.
Hakim menetapkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin. Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Februari 2026.
Pendakwan dikendalikan TPR Nurul Izzati Sapifee serta PO Fatin Farhana Ismail, Mohd Hanafi Firdhaus Abd Latif dan Mohd Yasri Yahya.
Ringkasan AI
- 10 pegawai dan bekas pegawai bank dihadapkan Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima rasuah daripada firma guaman sebagai balasan mencadangkan mereka sebagai penyedia dokumen pembiayaan perumahan.
- Pertuduhan dibuat di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang mengandungi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
- Beberapa tertuduh mengaku bersalah menerima suapan berjumlah ribuan ringgit, manakala beberapa yang lain didenda jumlah berbeza oleh hakim.