[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
NATIONAL

10 pelajar dibuang dari universiti di Lithuania akibat penyalahgunaan AI

Bernama 24/03/2025 | 05:45 MYT
Seramai 10 pelajar Universiti Vilnius dibuang kerana menggunakan AI secara tidak wajar dalam tugasan akademik. -Gambar hiasan/ETX Studio
VILNIUS: Seramai 10 pelajar Universiti Vilnius dibuang daripada universiti kerana melanggar peraturan penggunaan kecerdasan buatan (AI), lapor Lithuanian National Video and Television (LRT) pada Sabtu.


Ringkasan AI
  • Seramai 10 pelajar Universiti Vilnius dibuang kerana menggunakan AI secara tidak wajar dalam tugasan akademik.
  • Penggunaan AI dianggap tidak wajar jika pelajar gagal mendedahkan bahawa teknologi itu digunakan dalam kerja mereka.
  • Universiti lain juga menghadapi cabaran serupa dengan pelajar yang menggunakan AI dalam tugasan dan sumber rujukan.


Menurut laporan itu, walaupun penggunaan AI tidak dilarang, terdapat pelajar yang menggunakannya secara tidak bertanggungjawab.

Naib Rektor Pengajian Universiti Vilnius, Valdas Jaskunas berkata bahawa dalam tempoh setahun lalu, kira-kira 10 pelajar dibuang kerana menggunakan AI secara tidak wajar dalam tugasan akademik mereka, termasuk dalam penulisan tesis akhir.

Penggunaan AI dianggap tidak wajar sekiranya pelajar gagal mendedahkan bahawa teknologi itu digunakan dalam kerja mereka, kata Jaskunas.

Cabaran serupa turut dihadapi oleh universiti lain.

"Para pensyarah berkata bahawa terdapat pelajar yang menggunakan AI, dan terdapat kes seorang pelajar diberikan gred 'N' - yang menunjukkan ketidakjujuran akademik - dalam penilaian akhir mereka," kata Pengarah Direktorat Pengajian di Vilnius Tech, Nora Skaburskiene.

Menurut Vilnius Tech, AI paling kerap digunakan oleh pelajar dalam tugasan dan sumber rujukan.

-- BERNAMA




#Universiti Vilnius #pelajar dibuang #guna AI secara tidak wajar #tugasan akademik