KUALA TERENGGANU: Seramai 10 anak Terengganu yang cemerlang dan berjaya melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menjadi penerima pertama biasiswa Young Talent Scholarship Programme (YT-TI) 2022.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata biasiswa itu adalah hasil usaha sama antara Yayasan Terengganu (YT) dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Terengganu yang menubuhkan Tabung Biasiswa GLC (TBG).
Beliau berkata sebanyak RM500,000 dana permulaan berjaya dikumpul melalui TBG untuk disalurkan kepada pelajar terpilih.
"Biasiswa YT-TI ini dianugerahkan kepada pelajar cemerlang lepasan program persediaan matrikulasi atau asasi dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di semua universiti awam.
"Setiap pelajar akan menerima biasiswa antara RM12,000 hingga RM15,000 setahun mengikut kursus yang diikuti," katanya selepas majlis apresiasi penerima biasiswa YT-TI 2022 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Menurut Ahmad Samsuri pemilihan bidang pengajian bagi biasiswa itu merangkumi kursus berkaitan kepintaran buatan (AI), sains data, undang-undang, muamalat, pentadbiran korporat, sains kesihatan (fisioterapi) dan perladangan yang diperlukan oleh syarikat GLC serta kerajaan Terengganu sendiri.
"Pemilihan kursus ini juga mempunyai kebolehpasaran kerja tinggi dan mengelakkan masalah pengangguran dalam kalangan graduan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri melalui YT membelanjakan RM18 juta bagi membiayai pengajian 708 pelajar di peringkat ijazah sarjana muda di dalam dan luar negara bermula 2019 hingga 2022.
Selain itu, sebanyak RM3.2 juta telah disalurkan kepada 157 pelajar di peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah bagi tempoh sama.
"Malah kita turut memperkenalkan satu skim biasiswa untuk Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA) bagi memastikan lebih ramai anak Terengganu mendapat pengiktirafan daripada badan profesional perakaunan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

Biasiswa itu adalah hasil usaha sama antara Yayasan Terengganu (YT) dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Terengganu yang menubuhkan Tabung Biasiswa GLC (TBG).- Foto BERNAMA

Kanak-kanak lelaki cedera tersepit pintu lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini.

AWANI Ringkas: Kementerian teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kurma, buah 'tak cantik' miliki kuasa luar biasa
Menurut perubatan moden, kurma mempunyai 10 unsur yang penting untuk manusia kekal sihat dan cergas.

AWANI Global: Banteras Diskriminasi Kaum
Malaysia mencatatkan jumlah insiden perkauman, diskriminasi kaum dan xenofobia tertinggi pada tahun 2022. Ikuti diskusi Jerald Joseph, Pengarah Pusat KOMAS bersempena Hari Antarabangsa Membanteras Diskriminasi Berdasarkan Kaum.

Raja Permaisuri Agong rasmi Masjid Tunku Azizah Iskandar di Bentong
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan dan menamakan semula Masjid Kampung Baru di sini sebagai Masjid Tunku Azizah Iskandar sempena nama baginda.

Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan.
![AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015742/34324862771679837297531_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar Tumpuan #AWANI745 malam ini: Sultan Selangor ingatkan ahli politik jangan guna agama nak raih populariti Kaki tiga beradik dirantai demi keselamatan, dakwa kakak suspek Anthony Loke sanggah kritikan, tegaskan tiada lantikan politik dalam GLC Polemik lawatan PM ke Arab Saudi, pembangkang kemuka usul di Parlimen #AWANInews

#AWANIByte : Lebuhraya DASH - Laluan Alternatif Elakkan Kesesakkan
Penjimatan masa perjalanan sehingga 70% dari Puncak Perdana menuju ke Kuala Lumpur berbanding laluan sedia ada, Lebuhraya DASH terbukti laluan alternatif baharu yang berkesan bagi mengelak kesesakan. Dibina 90% secara bertingkat, dengan pelbagai ciri binaan unik termasuk penghadang bunyi lebuh raya kepungan penuh pertama di Malaysia, Lebuhraya DASH adalah antara lebuh raya paling canggih di negara ini

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland
Gandingan negara itu tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.

Presiden Joe Biden isytihar darurat di Mississippi, lulus bantuan kecemasan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengisytihar darurat di Mississippi dan meluluskan bantuan kecemasan bagi membiayai bantuan kecemasan di daerah Carroll, Humphreys, Monroe dan Sharkey.

Terdapat penurunan bekalan telur ayam di Terengganu pada Ramadan - KPDN
KPDN Terengganu mengakui terdapat penurunan hingga 33 peratus bekalan telur ayam di negeri ini pada bulan Ramadan berikutan terdapat kekurangan bekalan daripada pihak pembekal.

Drawbridge bergelap sejam kerana Earth Hour
Jambatan Angkat Kuala Terengganu atau lebih dikenali sebagai drawbridge bergelap selama sejam bagi menyahut kempen Earth Hour yang bertemakan 'Invest On Our Planet' pada malam Sabtu.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

Sultan Terengganu mahu masjid perbanyak aktiviti tadarus al-Quran
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya semua masjid di negeri ini memperbanyakkan aktiviti tadarus al-Quran secara beramai-ramai, sepanjang bulan Ramadan.

Atlet basikal dan karate dinobat Olahragawan, Olahragawati Terengganu- 2021/2022
Kemenangan itu membolehkan kedua-duanya pulang dengan hadiah wang tunai RM7,000, piala iringan, sijil kepujian dan sepasang blazer.

Hari pertama persekolahan di Kedah, Terengganu, Kelantan lancar
Di Kedah, seramai 334,426 pelajar dari 752 sekolah merangkumi 188,362 pelajar dari 548 sekolah rendah dan 146,064 pelajar dari 204 sekolah menengah memulakan sesi persekolahan.

Waran tangkap: Exco Terengganu hadir ke mahkamah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu jam 9.03 pagi sebagai saksi bagi perbicaraan berkenaan.

Petisyen PRU15: Abdul Hadi hadir ke mahkamah esok
Pemimpin itu dijadualkan memberi keterangan jam 9.30 pagi di hadapan Hakim Pilihan Raya, Datuk Hassan Abdul Ghani.

Gagal hadir beri keterangan, Exco Terengganu kena waran tangkap
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada Khamis mengeluarkan waran tangkap kepada Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah kerana gagal mematuhi perintah mahkamah.

Remaja melambung motosikal langgar kereta
Mangsa yang berusia 19 tahun melambung sebelum jatuh di tengah-tengah jalan dan meninggal dunia di lokasi.