10 pelajar UNIMAP dikuarantin, alami gejala ILI

Salim Aziz
Julai 28, 2018 07:13 MYT
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin yang mengesahkan perkara itu berkata, terdapat satu kluster ILI dikesan di kolej berkenaan. - Gambar fail
Seramai 10 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dikuarantin dipercayai akibat mengalami gejala penyakit seperti influenza (ILI), pada Khamis.
Kesemua pelajar itu adalah dari Kolej Kediaman Tun Abdul Razak di kampus tetap UNIMAP di Ulu Pauh, di sini.
Dalam satu kenyataan, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin yang mengesahkan perkara itu berkata, terdapat satu kluster ILI dikesan di kolej berkenaan.
Katanya, 10 kes dikesan mengalami gejala itu daripada keseluruhan yang terdedah seramai 221 orang.
Sampel calitan tekak telah pun diambil untuk dianalisis di makmal.
Menurutnya lagi, sebagai langkah pencegahan, kesemua pelajar terlibat telah dikuarantin di dalam pengawasan warden.
Dalam pada itu, difahamkan, pihak UNIMAP sedang membuat pemantauan dan saringan kesihatan terhadap pelajar-pelajarnya.
#Arau #Dr Zaini Hussin #ILI #Influenza #kesihatan #Kolej Kediaman Tun Abdul Razak #Malaysia #Perlis #UniMAP