awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 pemancing, tiga kru bot dikhuatiri hilang

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
01/07/2022
05:00 MYT
10 pemancing, tiga kru bot dikhuatiri hilang
Bot yang dinaiki pemancing dan kru yang dikhuatiri hilang. - Foto APMM
KUALA TERENGGANU: Seramai 10 pemancing bersama tiga kru bot yang pergi ke laut untuk melakukan aktiviti memancing dikhuatiri hilang selepas tidak kembali ke jeti seperti yang dijadualkan pada Rabu.
Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Saufi Mohd Ramli berkata, kesemua mereka turun ke laut kira-kira jam 10 pagi Sabtu lalu dari Jeti Pengkalan Kubu, Kuala Besut.
Muhammad Suffi berkata bagaimanapun sehingga kini kesemua mereka masih tidak pulang dan gagal dihubungi.
Berikutan itu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) bagi mengesan bot pemancing tersebut.
Jelas Muhammad Suffi, Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.45 pagi Khamis bagi mengesan bot tersebut.
Katanya Kapal Maritim (KM) Redang telah digerakkan ke kawasan dipercayai bot tersebut selalu memancing di sekitar pelantar.
Beliau berkata sehingga kini masih tiada perkembangan status bot kerana bot tersebut tiada peralatan komunikasi seperti radiol.
Katanya lagi pihak MRSC Kuantan telah berhubung dengan Pusat Komunikasi Petronas dan Exxon Mobil bagi hebahan mengenai bot tersebut.
Maritim Malaysia menyeru kepada semua komuniti laut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini dapat menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kuala Terengganu di talian 09-6224357.
Topic Berkaitan
#pemancing
#carilamat
#Maritim Malaysia
#Muhammad Saufi Mohd Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan