[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
NATIONAL

10 rumah terjejas banjir di Taman Sri Jaya - Bomba

Afiezy Azaman 10/04/2025 | 23:20 MYT
Antara rumah yang terjejas akibat banjir kilat di Taman Sri Jaya, Jalan Meru, Klang. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 buah rumah di Taman Sri Jaya, Jalan Meru, Klang dilanda banjir kilat awal pagi tadi berikutan hujan lebat yang menyebabkan air naik sehingga paras dua kaki.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 4 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar tiba di lokasi pada jam 4.27 pagi.

Katanya, operasi turut dibantu oleh anggota dari BBP Sri Andalas dengan kekuatan keseluruhan seramai 12 anggota dan dua jentera, iaitu sebuah FRT dan LFRT.

“Setakat ini, seramai lapan mangsa telah berjaya dikeluarkan dari kawasan terjejas dan kerja-kerja pemindahan masih diteruskan.

"Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dalam kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Ahmad Mukhlis menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.





#Banjir 2024 #monsun timur laut #banjir kilat #hujan lebat