HULU SELANGOR: Seramai enam kanak-kanak dan empat orang dewasa terperangkap di Air Terjun Sungai Pinang, Batang Kali di sini akibat fenomena kepala air pada Isnin.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pasukan penyelamat dari Balai Bomba Kuala Kubu masih menjalankan operasi menyelamat 10 sekeluarga berkenaan.
"Sebuah jentera bersama tujuh anggota dan pegawai dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.36 petang.
"Mengikut laporan komander operasi, mangsa terdiri daripada empat kanak-kanak lelaki, dua kanak-kanak perempuan dan dua lelaki serta dua wanita dewasa terperangkap di seberang sungai," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Norazam berkata, kesemua mangsa dipercayai satu keluarga yang berasal dari Sungai Buloh itu terperangkap susulan fenomena kepala air yang mengalir dari hulu sungai.
Katanya, setakat ini, kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.
"Mangsa terlibat adalah Jamali Hamzah, 63; Mohd Shahdan, 37;Siti Hajarul Aswa,37;Sameer Imran,11; Fateh Aryan, 9; Zahra Safiyya,7; Siti Zulaikha, 25; Amirul Ashraf, 9;Qalisya Damia, 7; Hafiz Ramadhan, 6.
"Pihak bomba masih berusaha menyelamatkan mangsa. Perkembangan terkini akan dimaklumkan kemudian," ujar beliau.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 28 2022
Seramai enam kanak-kanak dan empat orang dewasa terperangkap di Air Terjun Sungai Pinang, Batang Kali akibat fenomena kepala air pada Isnin. - Sinar Harian
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
3 maut dalam kebakaran di Palembang, Indonesia
Mangsa yang maut termasuk dua penghuni sebuah rumah serta seorang pekerja bengkel yang identitinya masih belum disahkan.
Bomba selamatkan tiga sekeluarga terperangkap dalam kebakaran
Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 2.58 pagi sebelum menggerakkan 15 anggota dari BBP Andalas ke lokasi.
Seorang maut, 12 terperangkap di lombong emas di Colorado
Pelbagai agensi, termasuk pasukan mencari dan menyelamat yang dilengkapi dengan peralatan berat turut membantu dalam usaha menyelamat.
25 individu terperangkap akibat kejadian kepala air
Seramai 25 individu terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pisang, Gombak, tengah hari Ahad.
Seorang pendaki Malaysia berjaya diselamatkan di Gunung Denali, Alaska
Pendaki itu kini dirawat di hospital manakala dua lagi masih menanti pasukan penyelamat.
Bangunan runtuh: Selepas seminggu, 36 mangsa masih terperangkap
Bangunan bertingkat berkenaan sedang dalam pembinaan, lalu runtuh dalam satu kejadian yang berlaku pada Isnin lalu.
Wanita ditemui meninggal dunia atas sejadah
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Budak lelaki ditemui hidup selepas 9 hari terperangkap bawah runtuhan di Gaza
Menurut pasukan penyelamat, Naim mengalami dehidrasi teruk dan mengalami kekurangan zat makanan.
Mayat kanak-kanak perempuan enam tahun terperangkap di Gaza ditemui
Mayat kanak-kanak perempuan, Hind Rajab berusia enam tahun ditemui saudara maranya selepas terperangkap akibat serangan tentera Israel di Gaza.
Gempa 6.2 magnitud gegar China, 86 terkorban
Tiga penduduk yang terperangkap di Kampung Diaoji berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan susulan.