[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
MALAYSIA

10 sekeluarga terselamat, Toyota Hilux terbalik

Bernama 07/06/2019 | 22:00 MYT
Empat daripada mereka yang menaiki Toyota Hilux itu mengalami cedera ringan manakala selebihnya tiada kecederaan.
Sepuluh sekeluarga terselamat selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbalik selepas hilang kawalan semasa melalui jalan balak Song-Kanowit, kira-kira 4 petang Jumaat.
Pemangku Ketua Polis Daerah Song, ASP Balie Jelian berkata, empat daripada mereka yang menaiki Toyota Hilux itu mengalami cedera ringan manakala selebihnya tiada kecederaan.
Mereka yang berusia antara empat hingga 71 tahun terdiri daripada lima lelaki dan lima perempuan sedang dalam perjalanan dari bandar Sibu ke rumah panjang mereka di Kapit.
"Kenderaan yang melalui jalan balak dan kelapa sawit Ngungun-Song itu terbalik selepas pemandunya hilang kawalan dan terbabas.
"Kesemua mangsa yang cedera telah menerima rawatan di Klinik Kesihatan Song manakala penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, siasatan lanjut kemalangan tersebut masih dijalankan.
-- BERNAMA
#cedera #hilang kawalan #jalan balak #Kanowit #kelapa sawit #kemalangan #mangsa #pacuan empat roda #polis #siasatan #Song #terbabas #Toyota Hilux