MALAYSIA
10 sekolah terjejas banjir di Terengganu
Sebanyak 10 sekolah di Terengganu terjejas banjir, kata Pengarah Pendidikan negeri Kamsah@Kamal Mohamed. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 10 sekolah di Terengganu terjejas banjir, kata Pengarah Pendidikan negeri Kamsah@Kamal Mohamed.
Beliau berkata jumlah berkenaan membabitkan empat sekolah di Setiu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Menyusut, SK Kampung Besut, SK Langkap dan SK Kampung Bukit.
"Selain itu tiga sekolah di Kuala Terengganu iaitu SK Kampung Bukit Chendering, SK Tok Dir dan SK Undang; Marang (SK Sentul Patah dan SK Pulau Kerengga) manakala SK Pasir Akar di Besut ," katanya ketika dihubungi Bernama.
Semua sekolah terjejas dibenarkan menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara penuh atau separuh, bergantung kesesuaian situasi sesebuah sekolah.
Kamsah berkata setakat 3.30 petang tadi, sembilan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim, Setiu dipindahkan ke asrama sekolah terbabit susulan kawasan rumah mereka di Kampung Besut dilanda banjir yang dibimbangi menjejaskan perjalanan mereka untuk menduduki peperiksan.
"Semua pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pengetua sentiasa diingatkan untuk segera memindahkan mana-mana pelajar (calon SPM) berisiko banjir ke asrama sekolah sekiranya ada atau berpindah ke rumah saudara-mara yang berhampiran," katanya.
-- BERNAMA