awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 termasuk dua warga emas ditahan ketika leka berjudi

Bernama
Bernama
07/02/2017
14:57 MYT
10 termasuk dua warga emas ditahan ketika leka berjudi
Seramai 10 individu termasuk dua warga emas yang sedang leka bermain judi pakau ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Alma Ria. - Gambar hiasan
Seramai 10 individu termasuk dua warga emas yang sedang leka bermain judi pakau ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Alma Ria, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam serbuan pukul 10.40 malam itu, empat lelaki dan enam wanita berusia 41 hingga 71 tahun ditahan bersama wang tunai sebanyak RM23,751.
"Kesemua mereka termasuk seorang daripadanya pemilik rumah yang juga penganjur judi berkenaan sedang leka bermain judi semasa serbuan itu dan polis turut merampas pelbagai peralatan digunakan mereka.
"Antara yang dirampas ialah kerusi, 52 keping daun pakau dan wang tunai sebanyak RM23,751 dipercayai duit pertaruhan judi mereka," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kaki judi itu menjadikan rumah berkenaan sebagai lokasi bermain judi sejak beberapa minggu lepas dan bertindak berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain bagi mengelak kegiatan mereka dikesan.
Nik Ros Azhan berkata mereka yang masing-masing bekerja sebagai pemandu lori, pekerja kilang, kontraktor dan suri rumah itu direman bagi membantu siasatan.
Sementara itu, beliau berkata polis menahan tiga orang termasuk seorang wanita yang merupakan geng samun bersenjatakan parang dalam serbuan di sebuah motel di Simpang Ampat, dekat sini kira-kira pukul 3 petang, semalam.
Katanya mereka dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun di sekitar daerah SPT dan Seberang Perai Selatan serta menyasarkan warga asing sebagai mangsa.
"Siasatan awal mendapati mereka yang berusia 18 hingga 23 tahun itu terlibat sekurang-kurangnya 10 kes samun bersenjata sejak awal tahun ini.
Kes terbaru membabitkan seorang pekerja kilang warga Bangladesh yang cedera serta kerugian RM600 selepas disamun kumpulan itu di Lorong Perwira Indah, di sini awal pagi semalam," katanya.
Beliau berkata susulan penahanan mereka yang turut positif dadah itu, polis merampas motosikal yang dipercayai digunakan dalam aktiviti samun berkenaan dan pelbagai barangan lain antaranya telefon bimbit, jam tangan, wang tunai dan sebilah parang.
"Dua lelaki itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah dan seorang daripadanya dikehendaki polis bersangkut kes mengurung mangsa secara salah. Ketiga-tiga mereka kini direman bagi membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid
#simpang ampat
#Taman Alma Ria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan