awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

100 majikan gagal patuhi gaji minimum, berdepan tindakan tegas

Bernama
Bernama
03/03/2014
01:27 MYT
100 majikan gagal patuhi gaji minimum, berdepan tindakan tegas
-gambarhiasan
Sebanyak 100 majikan di seluruh negara bakal dikenakan tindakan tegas jika didapati masih gagal mematuhi pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata pihaknya menerima kira-kira 600 aduan dari pekerja sejak perintah itu dikuatkuasakan 1 Jan 2014.
"Setakat ini kita telah bagi amaran kepada majikan yang terlibat, jika selepas ini mereka masih gagal menjalankan tanggungjawab di bawah perintah tersebut, majikan bakal berdepan tindakan tegas dari kementerian," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Azam Kerja 1Malaysia di sini, Ahad.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas Khas Negeri, Datuk Norul Azali Sulaiman; dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Saripuddin Kasim.
Mengikut Seksyen 43 Akta Majlis Perundangan Gaji Negara 2011, mana-mana majikan yang disabit kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun.
Ismail berkata, semakan semula kadar gaji minimum itu akan dilakukan oleh kerajaan pada 2015.
Dalam pada itu beliau menyeru golongan lepasan ijazah dan penganggur merebut 1,800 peluang pekerjaan yang disediakan kira-kira 30 majikan yang menyertai karnival berkenaan.
Katanya, ada di antara majikan yang menyertai karnival itu menawarkan gaji minimum di antara RM1,000 hingga RM2,500 sebulan, mengikut kelayakan seseorang.
Topic Berkaitan
#Ismail Abdul Muttalib
#Karnival Kerjaya Azam Kerja 1Malaysia
#Perintah Gaji Minimum 2012
#tindakan tegas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan