awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

100 rumah mangsa kebakaran tahun 2017 terbakar di Semporna

Petrus Bernard
Petrus Bernard
21/04/2022
03:37 MYT
100 rumah mangsa kebakaran tahun 2017 terbakar di Semporna
Operasi memadamkan kebakaran terkawal sekitar jam 12.46 tengah malam dan api berjaya dipadam sepenuhnya jam 3.05 pagi. - Foto JBPM Sabah
SEMPORNA: Satu kebakaran besar berlaku lewat malam tadi, memusnahkan 10 blok penempatan sementara melibatkan 100 pintu rumah di sini.
Kejadian berlaku di penempatan sementara bagi mangsa kebakaran Kampung Bangau-Bangau, yang diduduki sejak 2017.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah berkata, seluas 1.5 ekar kawasan terlibat dan semua rumah musnah sepenuhnya.
“Selepas menerima panggilan kecemasan, pihak bomba mengerahkan sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera ke lokasi.
“Kami turut dibantu oleh pihak polis, Sabah Electricity, Angkatan Pertahan Malaysia dan RELA," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Foto JBPM Sabah
Foto JBPM Sabah
Menurutnya, operasi terkawal sekitar jam 12.46 tengah malam dan api berjaya dipadam sepenuhnya jam 3.05 pagi.
Menurut sumber, turut musnah dalam kebakaran itu, beberapa sekolah alternatif atau sekolah untuk kanak-kanak miskin tanpa warganegara.
Tidak ada korban nyawa dilaporkan.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.
Sementara itu, Bernama melaporkan, kira-kira 900 penduduk hilang tempat tinggal dalam kejadian yang bermula pukul 11.35 malam tadi itu, memetik Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Edoen Macheal.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#blok penempatan sementara
#Semporna
#kampung Bangau-Bangau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan