MALAYSIA
100 Tahun Arena Wati: Siri syarahan rai gerakan budaya berterusan
Siri syarahan menampilkan pelbagai pengisian yang menyoroti warisan intelektual dan sastera tokoh besar kesusasteraan Melayu itu.
KUALA LUMPUR: Sempena memperingati ulang tahun kelahiran ke-100 Sasterawan Negara Arena Wati, satu acara istimewa bertajuk Siri Syarah Kebudayaan 2025 akan berlangsung pada 15 November ini di Muzium Telekom, Kuala Lumpur.
Program sehari itu dijadualkan bermula dari 10 pagi hingga 6.30 petang, menampilkan pelbagai pengisian yang menyoroti warisan intelektual dan sastera tokoh besar kesusasteraan Melayu itu.
Acara berkenaan bukan sekadar memperingati seorang tokoh sastera tersohor, tetapi lebih daripada itu, ia dijadikan sebagai permulaan kepada sebuah wadah berterusan yang bertujuan meraikan idea, budaya, kesenian, sastera, perbukuan dan penerbitan yang mengangkat kebudayaan tempatan dan serantau.
Syarahan utama akan disampaikan oleh Sasterawan Negara Datuk Dr. Anwar Ridhwan, diikuti dengan dua sesi forum yang menghimpunkan pelbagai sudut pandang terhadap kehidupan dan karya Arena Wati, termasuk daripada para pengkaji, editor, penggemar serta pembacanya. Selain itu, pengunjung juga akan berpeluang menyaksikan pembacaan karya dan pameran buku-buku Arena Wati yang jarang didapati di pasaran.
"Siri Syarahan Kebudayaan ini juga berperanan untuk memupuk kesedaran baharu terhadap pentingnya warisan budaya dan kesusasteraan dalam masyarakat, menghidupkan semula tradisi intelektual dan perbincangan budaya, serta menggalakkan generasi muda menghargai khazanah pemikiran dan penulisan bangsa," kata penganjur, Jurnal Svara dalam kenyataan medianya.
Inisiatif itu digerakkan melalui kerjasama yang diterajui oleh Jurnal Svara dan kedai buku Riwayat, bertekad menyediakan ruang bagi para penggiat seni, penulis, sarjana, dan masyarakat umum untuk bertemu, berbahas dan berkongsi pandangan secara bermakna.
Arena Wati atau nama sebenarnya Muhammad Dahlan Abdul Biang dinamakan sebagai Sasterawan Negara kelima pada 1987.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila hubungi Roestam Alias di talian 019-2339113.