awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10,000 ekor ayam dilupus di Tuaran kawal selesema burung

Bernama
Bernama
06/08/2018
22:29 MYT
10,000 ekor ayam dilupus di Tuaran kawal selesema burung
JPV dengan kerjasama pihak polis masih meneruskan sekatan jalan raya 24 jam di jalan masuk ke kawasan wabak berkenaan bagi memastikan tidak ada ayam dibawa keluar dari kawasan itu. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah sudah melupuskan kira-kira 10,000 ekor ayam di sebuah ladang ternakan ayam di Tamparuli yang sebelum ini diisytiharkan dijangkiti virus selesema burung, setakat Isnin.
Timbalan Pengarah JPV Bahagian Kesihatan Sabah, Dr Peter Lee Ah Kong, berkata jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada 28,000 ekor ayam yang akan dilupuskan di Tamparuli ekoran pengesanan virus selesema burung di sebuah ladang di kawasan itu.
"Selebihnya (18,000 ekor ayam) lagi akan mula dilupuskan esok (Selasa). Walaupun ladang ternakan ayam yang satu lagi ini (yang menempatkan 18,000 ekor ayam) tidak dijangkiti, tetapi ia perlu dilupuskan juga kerana ia terletak di radius satu kilometer daripada wabak itu dikesan," katanya.
Menurutnya, ayam kampung yang diternak penduduk di kawasan wabak juga akan mula dilupuskan pada Selasa namun ia akan dilakukan pada waktu malam apabila unggas itu tidur.
Sementara itu, Lee berkata JPV dengan kerjasama pihak polis masih meneruskan sekatan jalan raya 24 jam di jalan masuk ke kawasan wabak berkenaan bagi memastikan tidak ada ayam dibawa keluar dari kawasan itu.
Pada 3 Ogos lepas, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong mengisytiharkan Tuaran sebagai kawasan wabak penyakit selesema burung selepas ayam di sebuah ladang ternakan ayam di daerah berkenaan didapati dijangkiti virus itu. -- Bernama
Topic Berkaitan
#selsema burung
#bird flu
#Veterinar
#Sabah
#Ayam
#lupus
#Tamparuli
#Sekatan Jalan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan