NATIONAL
10,000 lagi permohonan guru duka lara dipertimbang September ini - Mahdzir

Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Menteri Pendidikan berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota hari ini. - Foto Bernama
Kementerian Pendidikan akan mempertimbangkan 10 ribu permohonan guru ‘duka lara’ lagi untuk pertukaran tempat bertugas, September depan.
Proses permohonan pertukaran itu jelas menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dijangka selesai selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Jelas Mahdzir lagi pihaknya seboleh-bolehnya mahu membantu menangani masalah yang dihadapi guru ‘berduka lara’ akibat terpisah dengan pasangan masing-masing.
Sehingga kini, sejumlah 4,300 guru sudah diberi kelulusan bertukar tempat melalui permohonan kepada Kementerian Pendidikan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami