awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

100,000 pengunjung dijangka guna perkhidmatan feri ke Langkawi

Bernama
Bernama
14/09/2025
21:30 MYT
100,000 pengunjung dijangka guna perkhidmatan feri ke Langkawi
Jumlah pengunjung itu termasuk tempatan dan luar negara yang memasuki Langkawi dari kedua-dua laluan iaitu Kuala Kedah dan Kuala Perlis. - Foto fail/Astro AWANI
ALOR SETAR: Sebanyak 100,000 pengunjung dijangka memasuki pulau peranginan Langkawi menggunakan perkhidmatan feri penumpang bersempena cuti umum Hari Malaysia dan cuti persekolahan.
Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Lt Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata jumlah pengunjung itu termasuk tempatan dan luar negara yang memasuki Langkawi dari kedua-dua laluan iaitu Kuala Kedah dan Kuala Perlis.
"Sebanyak 118 trip perjalanan tambahan telah tersedia di dalam sistem penjualan tiket. Kita jangka jumlah pengunjung mungkin akan melebihi 100,000 sekiranya trip perjalanan pada waktu malam ditambah.
"Pengoperasian feri akan bermula dari 7 pagi hingga 7 malam dan akan dilanjutkan hingga 10 malam tertakluk kepada permintaan tinggi penjualan tiket secara dalam talian. Ini bagi memberi ruang kepada pengunjung yang ingin bercuti di Langkawi," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pihak syarikat akan sentiasa memastikan pengoperasian feri berada pada tahap kesiagaan yang tinggi sepanjang tempoh cuti umum dan cuti persekolahan ini.
Pengunjung yang ingin membeli tiket secara dalam talian, katanya boleh memuat turun aplikasi Cuti-Cuti Langkawi atau layari laman web www.cuticutilangkawi.com atau membeli tiket secara terus di kaunter tiket di Terminal Feri Kuala Kedah dan Kuala Perlis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuti sekolah
#feri
#pengguna feri
#Langkawi
#percutian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan