awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

101 Projek: Lim Guan Eng khuatir SPRM 'double standard', jadi senjata politik pihak tertentu

Firdaus Azil
Firdaus Azil
26/08/2020
04:35 MYT
101 Projek: Lim Guan Eng khuatir SPRM 'double standard', jadi senjata politik pihak tertentu
Lim Guan Eng harap SPRM juga bersikap adil dan membuat kajian yang serupa mengenai projek rundingan terus yang dilakukan sewaktu era Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. - Gambar fail
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini khuatir Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengamalkan ‘double standard’ serta menjadi senjata politik pihak tertentu.
Dalam sidang media di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Bagan itu berkata, beliau dan Pakatan Harapan (PH) tiada masalah sekiranya SPRM ingin membuat kajian menyeluruh mengenai 101 projek secara rundingan terus.
Bagaimanapun, tegas beliau, SPRM juga perlu bersikap adil dan membuat kajian yang serupa mengenai projek rundingan terus yang dilakukan sewaktu era Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
“Kami risau wujud masalah ‘antara dua darjat’, di mana kajian SPRM hanya dijalankan ke atas projek runding terus PH, dan tidaknya ke atas projek di zaman BN dan PN. Kegagalan SPRM buat kajian ke atas projek runding terus mereka boleh menimbulkan persepsi negatif antara dua darjat atau 'double standard'.
“Semoga SPRM boleh buktikan mereka tidak menjadi senjata politik mana-mana pihak dengan turut menjalankan kajian menyeluruh terhadap PN dan BN, sama ada wujud unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung perkara ini,” katanya lagi.
Pada Isnin, Tengku Zafrul dalam persidangan Dewan Rakyat memberitahu, rekod telah menunjukkan Kementerian Kewangan ketika diterajui Lim Guan Eng sebelum ini, telah meluluskan 101 projek berkenaan secara rundingan terus.
Namun, beliau menjelaskan, dalam keadaan tertentu, kaedah perolehan secara rundingan terus dibenarkan dengan kelulusan Kementerian Kewangan berdasarkan kriteria tertentu seperti melibatkan keperluan negara yang mendesak.
SPRM dalam kenyataan susulan memaklumkan, badan pencegah rasuah itu akan mendapatkan senarai 101 projek daripada Kementerian Kewangan yang dikatakan diberi secara runding terus, semasa era PH.
“Satu kajian menyeluruh akan dibuat bagi menentukan sama ada wujud unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung perkara ini,” katanya lagi.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, cara pendedahan Tengku Zafrul seolah-olah pemberian projek melalui konsep rundingan terus adalah satu kesalahan dan tidak dibenarkan.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, rakyat berhak mendapat maklumat penuh tentang perincian projek berkenaan, terutama sekali siapa yang mendapat ‘nikmat istimewa’ itu.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Double standard
#Lim Guan Eng
#Mahathir Mohamad
#Menteri Kewangan
#Pakatan Harapan
#Perikatan Nasional
#senjata politik
#SPRM
#Tengku Zafrul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan