MALAYSIA
102 sekolah di KL, Selangor laksana PdPR dan BDR sempena Sidang Kemuncak ASEAN
pengalaman melaksanakan PdPR dan BDR sewaktu pandemik COVID-19 serta semasa penganjuran Sidang ASEAN Mei lepas dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Sejumlah 102 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberi kebenaran melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta Bekerja Dari Rumah (BDR) dari 23 hingga 29 Okt ini sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.
Ringkasan AI
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan langkah berkenaan bagi memastikan proses pembelajaran murid tidak terjejas mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh persidangan berlangsung.
"Ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terlibat dinasihatkan merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR dan BDR," menurut kenyataan KPM itu.
KPM turut memaklumkan pengalaman melaksanakan PdPR dan BDR sewaktu pandemik COVID-19 serta semasa penganjuran Sidang ASEAN Mei lepas dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pada waktu sama aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara.
Persidangan kemuncak ASEAN dijangka menjadi perhimpunan pemimpin dunia dan berprofil tinggi terbesar setakat ini dengan kehadiran kuasa besar yang berpengaruh.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump antara yang dijangka hadir selain kemungkinan Presiden China Xi Jinping serta ketua kerajaan negara ASEAN dan rakan dialog juga akan hadir.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- 102 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor laksanakan PdPR dan BDR dari 23 hingga 29 Oktober sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 bagi mengelak gangguan akibat penutupan jalan dan kawalan keselamatan.
- KPM nasihat warga sekolah rujuk saluran rasmi untuk maklumat lanjut, dengan pengalaman PdPR semasa pandemik dan Sidang ASEAN sebelum ini dijadikan panduan.
- Sidang Kemuncak ASEAN dijangka himpunan pemimpin dunia terbesar, termasuk kehadiran Presiden AS Donald Trump, kemungkinan Presiden China Xi Jinping, serta ketua kerajaan ASEAN dan rakan dialog.