MALAYSIA
1,020 murid di Selangor dikenal pasti berisiko hidapi masalah kemurungan - Exco
Jamaliah menjawab solan berkaitan Kesihatan Mental Pelajar ketika Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Sebanyak 1,020 pelajar sekolah menengah di Selangor dikenal pasti mempunyai tanda-tanda awal ketegori berisiko tinggi mengalami masalah kemurungan, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini.
Ringkasan AI
Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata jumlah itu mewakili 2.8 peratus daripada 36,428 pelajar yang telah menjalani saringan melalui Kaji Selidik Kesihatan Pesakit (PHQ).
Beliau berkata berdasarkan Analisis Data Saringan Minda Sihat Murid Sesi 2024/2025 Negeri Selangor peratusan itu menunjukkan tingkah laku psikososial negatif dalam kalangan murid di negeri ini adalah terkawal.
"Program intervensi akan terus dilaksanakan dan diperluas secara menyeluruh ke sekolah rendah, khususnya melibatkan murid Tahun 5 dan Tahun 6. Hasrat utama daripada intervensi minda sihat yang dijalankan adalah untuk memupuk kesedaran awal tentang kepentingan kesihatan mental serta membina daya tahan diri dalam kalangan murid.
"Fokus intervensi adalah kepada pembangunan emosi dan tingkah laku, aktiviti pencegahan awal, latihan pemerkasaan Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah rendah melalui bengkel kemahiran intervensi minda sihat Antara Intervensi Umum dan Amalan Gaya Hidup Sihat yang dijalankan adalah Sesi Bimbingan,Teknik Relaksasi, Latihan Pernafasan, Senaman dan Urutan Bahu dan Leher," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang DUN Selangor di sini hari ini bagi menjawab soalan Azmizam Zaman Huri (PH-Pelabuhan Klang) yang ingin tahu apakah langkah segera diambil oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor bagi menangani isu kemurungan dan kebimbangan dalam kalangan pelajar sesi 2024/2025.
Jamaliah berkata selain program intervensi, JPN Selangor turut melaksanakan Program Minda Sihat dan intervensi khusus (MODUL) antaranya Sesi Kaunseling, Kenali Emosi, Kemahiran Gaya Daya Tindak, Tangani Stress 10B, Teknik Pernafasan, Mindfulness, Kawal Marah, Penyelesaian Masalah, Berfikiran Positif dan Komunikasi Berkesan.
"Langkah ini diambil sebagai usaha pencegahan awal dan memperkukuhkan kesejahteraan mental murid dari peringkat asas bermula daripada sekolah rendah," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seramai 1,020 pelajar sekolah menengah di Selangor (2.8% daripada 36,428 pelajar) dikenal pasti menunjukkan tanda awal kemurungan melalui saringan PHQ sesi 2024/2025.
- rogram intervensi minda sihat akan diperluas ke murid Tahun 5 dan 6, dengan fokus kepada kesedaran awal, pembangunan emosi, dan daya tahan diri melalui teknik relaksasi, senaman dan bimbingan.
- JPN Selangor turut melaksanakan modul khusus seperti Sesi Kaunseling, Kenali Emosi, Tangani Stress 10B, dan Mindfulness sebagai langkah pencegahan awal kesejahteraan mental murid.
Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata jumlah itu mewakili 2.8 peratus daripada 36,428 pelajar yang telah menjalani saringan melalui Kaji Selidik Kesihatan Pesakit (PHQ).
Beliau berkata berdasarkan Analisis Data Saringan Minda Sihat Murid Sesi 2024/2025 Negeri Selangor peratusan itu menunjukkan tingkah laku psikososial negatif dalam kalangan murid di negeri ini adalah terkawal.
"Program intervensi akan terus dilaksanakan dan diperluas secara menyeluruh ke sekolah rendah, khususnya melibatkan murid Tahun 5 dan Tahun 6. Hasrat utama daripada intervensi minda sihat yang dijalankan adalah untuk memupuk kesedaran awal tentang kepentingan kesihatan mental serta membina daya tahan diri dalam kalangan murid.
"Fokus intervensi adalah kepada pembangunan emosi dan tingkah laku, aktiviti pencegahan awal, latihan pemerkasaan Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah rendah melalui bengkel kemahiran intervensi minda sihat Antara Intervensi Umum dan Amalan Gaya Hidup Sihat yang dijalankan adalah Sesi Bimbingan,Teknik Relaksasi, Latihan Pernafasan, Senaman dan Urutan Bahu dan Leher," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang DUN Selangor di sini hari ini bagi menjawab soalan Azmizam Zaman Huri (PH-Pelabuhan Klang) yang ingin tahu apakah langkah segera diambil oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor bagi menangani isu kemurungan dan kebimbangan dalam kalangan pelajar sesi 2024/2025.
Jamaliah berkata selain program intervensi, JPN Selangor turut melaksanakan Program Minda Sihat dan intervensi khusus (MODUL) antaranya Sesi Kaunseling, Kenali Emosi, Kemahiran Gaya Daya Tindak, Tangani Stress 10B, Teknik Pernafasan, Mindfulness, Kawal Marah, Penyelesaian Masalah, Berfikiran Positif dan Komunikasi Berkesan.
"Langkah ini diambil sebagai usaha pencegahan awal dan memperkukuhkan kesejahteraan mental murid dari peringkat asas bermula daripada sekolah rendah," katanya.
-- BERNAMA

#sekolah di Selangor
#pelajar sekolah menengah
#kesihatan mental
#masalah kemurungan
#DUN Selangor
#jamaliah jamaluddin
#terkini