MALAYSIA
1,087 cerun berisiko tinggi dikenal pasti - Nanta
Nanta berkata, BiGBen memantau semua kategori cerun dengan sokongan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan, dan berperanan penting dalam kesiapsiagaan menghadapi bencana. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR : Sebanyak 1,087 daripada 34,400 cerun di seluruh Malaysia dikategorikan berisiko dan diletakkan dalam pemantauan rapi Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) yang diaktifkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL).
Ringkasan AI
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada jumlah itu, 1,066 cerun berisiko terletak di Semenanjung, Sabah (7), Sarawak (1) manakala 13 lokasi lagi di Labuan.
Beliau menjelaskan sistem BiGBen memantau semua kategori cerun dengan sokongan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan, dan berperanan penting dalam kesiapsiagaan menghadapi bencana.
Nanta berkata lebih banyak aspek teknologi diharapkan dapat digunakan bagi penambahbaikan sistem ini.
“Ia dikategorikan sebagai (berkemungkinan besar) berlaku runtuhan pada bila-bila masa. Ia juga mempunyai beberapa tahap kerana bukan semua (cerun berisiko) berada dalam kategori yang sama,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program kesiapsiagaan Kementerian Kerja Raya dalam menghadapi Monsun Timur Laut 2025 di BiGBen JKR di sini, pada Jumaat.
Menurut beliau, BiGBen berfungsi memantau insiden berkaitan bencana termasuk banjir, tanah runtuh, jalan mendap dan kerosakan jambatan secara hampir masa nyata melalui input pegawai JKR di peringkat daerah.
Nanta menambah maklumat berkenaan bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh badan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara, kerajaan negeri dan pejabat daerah, malah turut dikongsi dengan orang ramai melalui aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun. Pengguna juga boleh mengetahui status jalan ditutup penuh atau separa serta laluan alternatif.
Bagi bencana di Sabah, JKR telah menghantar pegawai teknikal ke lokasi untuk memberi khidmat nasihat teknikal selain bekerjasama dengan JKR Sabah dan pihak berkuasa negeri.
Beliau menjelaskan setakat ini terdapat 10 kes cerun dikenal pasti di Jalan Persekutuan di Sabah, dengan anggaran kos kerosakan keseluruhan masih dikumpul kerana keadaan masih berlaku.
Nanta berkata JKR tidak mahu menyebut angka sementara yang mungkin berubah, dan jika dana dalaman tidak mencukupi, permohonan akan diajukan kepada Kementerian Kewangan.
Sementara itu, ditanya mengenai mendapan tanah di laluan Gua Musang-Kota Bharu berdekatan Machang, Kelantan, beliau berkata, Kementerian Kerja Raya akan memasang jambatan Bailey di laluan FT008, Seksyen 348.10 hingga 350.20.
Beliau memberitahu, pihaknya menerima laporan penuh kerosakan itu dan kini dalam proses mendapatkan peruntukan bagi melaksanakan kerja pembaikan.
“Projek ini bukan kerja biasa, ia perlu disegerakan kerana melibatkan jalan utama ke Kuala Krai. Jika dana sedia ada tidak mencukupi, KKR akan membawa perkara ini kepada Kementerian Kewangan untuk mendapatkan peruntukan kecemasan,” katanya.
Sementara itu, komander BiGBen Jabatan Kerja Raya (JKR) Muhammad Shukeri Mohammad berkata jambatan sementara itu telah digerakkan ke lokasi berkenaan dan kerja pemasangan sedang dilaksanakan dan dijangka siap dalam tempoh seminggu.
“Pemasangan dijangka mengambil masa seminggu dan siap pada Sabtu depan. Laluan akan dibuka semula pada Ahad,” katanya.
Sebelum ini, JKR Machang memaklumkan jalan itu yang menghubungkan Gua Musang dengan Kota Bharu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula Ahad lepas sehingga diberitahu akibat mendapan tanah.
Ringkasan AI
- Sebanyak 1,087 cerun di seluruh Malaysia dikenal pasti berisiko tinggi, dengan majoritinya di Semenanjung, dan kini dipantau rapi oleh sistem BiGBen JKR menjelang Monsun Timur Laut.
- BiGBen menggunakan teknologi terkini termasuk AI untuk pemantauan cerun, banjir, tanah runtuh dan kerosakan infrastruktur, serta berkongsi maklumat dengan agensi kerajaan dan orang awam melalui aplikasi mudah alih.
- JKR akan memasang jambatan Bailey di laluan Gua MusangKota Bharu yang terjejas akibat mendapan tanah, dengan kerja dijangka siap dalam seminggu dan laluan dibuka semula pada Ahad.