MALAYSIA
109 penumpang bas dikompaun tak pakai tali pinggang keledar
Penumpang bas ekspres dan bas persiaran dikompaun selepas dikesan tidak memakai tali pinggang keledar dalam operasi khas JPJ Johor. -Foto JPJ Johor
JOHOR BAHRU: Seramai 109 penumpang bas ekspres dan bas persiaran dikenakan kompaun selepas dikesan tidak memakai tali pinggang keledar dalam operasi khas oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor selama dua hari bermula Selasa.
Ringkasan AI
Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Abidin berkata, melalui Ops Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar, sebanyak 675 buah bas ekspres dan persiaran di seluruh negeri diperiksa bagi memastikan pematuhan peraturan pemakaian tali pinggang keledar.
Menurut beliau, kegagalan memakai tali pinggang keledar seperti ditetapkan peruntukan undang-undang boleh dikenakan kompaun berjumlah RM300.
"Ops khas tersebut dilaksanakan mengikut peruntukan Kaedah 4 dan 4A, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 (Pindaan) 2008 serta Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
"Hasil pemeriksaan tersebut, sejumlah 109 notis JPJ(P)22 telah dikeluarkan kerana kegagalan memakai tali pinggang keledar," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, JPJ Johor tidak akan berkompromi dengan pihak syarikat, pemilik, pemandu serta penumpang yang masih tegar melanggar undang-undang.
“Penguatkuasaan serta tindakan tegas akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan ekosistem pembudayaan keselamatan jalan raya yang lebih selamat kepada semua pengguna,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut menyeru pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan dan bertolak ansur sesama pengguna demi keselamatan bersama.
“Orang ramai juga boleh menyalurkan aduan secara terus atau masa nyata menggunakan aplikasi MyJPJ: e-Aduan@JPJ atau e-mel ke aduantrafik@jpj.gov.my beserta butiran lengkap,” katanya.
Untuk rekod, semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar berkuat kuasa 1 Julai.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, penguatkuasaan itu terpakai bagi bas yang dibina selepas Januari 2020, manakala bas yang dibina sebelum tahun 2020 akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali keledar itu. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seramai 109 penumpang bas ekspres dan persiaran dikompaun RM300 setiap seorang kerana tidak memakai tali pinggang keledar dalam operasi khas JPJ Johor.
- Sebanyak 675 bas diperiksa dalam Ops Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar, yang dilaksanakan mengikut Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor dan Akta Pengangkutan Jalan.
- JPJ Johor menegaskan penguatkuasaan akan diteruskan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya, dan orang awam digalakkan menyalurkan aduan melalui aplikasi MyJPJ atau e-mel rasmi.
Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Abidin berkata, melalui Ops Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar, sebanyak 675 buah bas ekspres dan persiaran di seluruh negeri diperiksa bagi memastikan pematuhan peraturan pemakaian tali pinggang keledar.
Menurut beliau, kegagalan memakai tali pinggang keledar seperti ditetapkan peruntukan undang-undang boleh dikenakan kompaun berjumlah RM300.
"Ops khas tersebut dilaksanakan mengikut peruntukan Kaedah 4 dan 4A, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 (Pindaan) 2008 serta Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
"Hasil pemeriksaan tersebut, sejumlah 109 notis JPJ(P)22 telah dikeluarkan kerana kegagalan memakai tali pinggang keledar," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, JPJ Johor tidak akan berkompromi dengan pihak syarikat, pemilik, pemandu serta penumpang yang masih tegar melanggar undang-undang.
“Penguatkuasaan serta tindakan tegas akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan ekosistem pembudayaan keselamatan jalan raya yang lebih selamat kepada semua pengguna,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut menyeru pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan dan bertolak ansur sesama pengguna demi keselamatan bersama.
“Orang ramai juga boleh menyalurkan aduan secara terus atau masa nyata menggunakan aplikasi MyJPJ: e-Aduan@JPJ atau e-mel ke aduantrafik@jpj.gov.my beserta butiran lengkap,” katanya.
Untuk rekod, semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar berkuat kuasa 1 Julai.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, penguatkuasaan itu terpakai bagi bas yang dibina selepas Januari 2020, manakala bas yang dibina sebelum tahun 2020 akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali keledar itu. -Sinar Harian

#Aedy Fadly Ramli
#penumpang bas ekspres
#tidak memakai tali pinggang keledar
#operasi khas
#JPJ Johor