awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan

11 individu ditahan susulan penemuan mayat dengan kesan tetakan

Bernama
Bernama
10/10/2021
14:30 MYT
11 individu ditahan susulan penemuan mayat dengan kesan tetakan
Sepuluh lelaki dan seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan di Taman Serdang Utama, Seri Kembangan di sini petang semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sepuluh lelaki dan seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan di Taman Serdang Utama, Seri Kembangan di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan berkata Mahkamah Petaling Jaya hari ini membenarkan kesemua suspek, yang terdiri daripada sembilan warga tempatan dan dua warga asing, ditahan reman selama lima hari.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.
"Senjata dan motif kejadian masih lagi dalam siasatan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Bernama melaporkan mayat seorang lelaki berusia 40 tahun dijumpai dengan kesan tetakan di bahagian kepala, rusuk kanan, belakang badan dan kedua-dua lengan di bilik sewa pada kira-kira 6.13 petang semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat dengan kesan tetakan
#Taman Serdang Utama
#Seri Kembangan
#Polis Daerah Serdang
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.