awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan

Bernama
Bernama
15/02/2025
15:30 MYT
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi. - Foto Sinar Harian
IPOH: Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Kesemua mereka terdiri daripada ahli keluarga dan rakan yang melakukan aktiviti mendaki dan mandi-manda, gagal menyeberangi sungai di situ disebabkan terlalu deras.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.15 petang dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Malim digegaskan ke lokasi kejadian sejauh kira-kira 11 kilometer.
Beliau berkata kesemua mangsa melibatkan tiga individu dewasa, empat remaja berusia 14 hingga 16 tahun serta empat kanak-kanak berumur 10 tahun.
"Mangsa memaklumkan ketika hendak balik dari lokasi mandi, mangsa tidak dapat menyeberangi sungai disebabkan terlalu deras.
"Anggota bomba kemudian mengiringi mangsa untuk menyeberangi sungai dan kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Sabarodzi berkata operasi tamat sepenuhnya pada 7.37 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#individu kandas
#Lata Perangin
#Tanjung Malim
#JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan