KUCHING: Jumlah kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan di Sarawak pada pagi ini meningkat kepada 11, berbanding sembilan kawasan semalam.
Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan berkenaan ialah Serian (189), Samarahan (170), Kuching (166), Bintulu (159), Samalaju (156), Mukah (154), Sibu (154), Sarikei (153), Sri Aman (152), Miri (137), dan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (116).
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
-- BERNAMA