SHAH ALAM: Seramai 11 lelaki masing-masing ditahan dalam operasi polis di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban (Plus) dan Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) kerana menunggang motosikal dengan melakukan aksi bahaya, pada Sabtu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, operasi bermula pada jam 11 malam itu dilakukan Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman di tiga lokasi berasingan sekitar lebuh raya berkenaan.
"Pada jam 2.20 pagi pasukan tangkapan membuat pemantauan di Lebuh Raya Plus arah Seremban dan mengekori sekumpulan penunggang motosikal yang menunggang sambil melakukan aksi 'superman', 'zig-zag' serta bersaing sesama sendiri.
"Lebih kurang jam 2.30 pagi, lima suspek berkenaan kemudian memberhentikan motosikal di kawasan parkir hadapan kedai dobi layan diri di Jalan Rasah Prima 3, Seremban dan mereka ditahan," kata Mohd Nadzri dalam kenyataan, pada Sabtu.
Menurutnya, kelima-lima suspek turut merancang pergi makan di sebuah kedai berhampiran sebelum ditahan kerana melakukan lagak ala samseng jalanan di lokasi tersebut.
Mohd Nadzri berkata, dalam operasi sama, pasukan tangkapan menahan dua lelaki yang menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuh Raya Plus arah Kuala Lumpur dipercayai dalam perjalanan pulang ke Rawang selepas menjamu selera di Port Dickson.
Sementara itu, sekitar jam 1.50 pagi, pihak polis mengesan dan menahan empat 'mat rempit' berusia dalam lingkungan 17 hingga 20 tahun di Lebuh Raya Lekas arah Seremban.
"Pasukan tangkapan yang membuat pemantauan di Plaza Tol Ampangan mengesan dan mengekori sekumpulan motosikal (penunggang) yang melakukan aksi 'superman' dan bersaing.
"Hasil siasatan mendapati mereka bercadang keluar melepak dan meronda di sekitar Bandar Seremban kemudian merancang merempit di Lebuh Raya Lekas di Plaza Tol Ampangan hingga Taman Margosa," kata beliau dalam kenyataan sama.
Tambah Mohd Nadzri, polis kemudian mengeluarkan 36 saman terhadap kesemua penunggang yang berusia dalam lingkungan dari 17 hingga 22 tahun itu atas pelbagai kesalahan.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 14 2022

Antara suspek yang ditahan Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman dalam operasi di Lebuh Raya Plus dan Lebuh Raya Lekas, awal pagi Sabtu. -Foto Sinar Harian

Bola Sepak | TMJ cabar Sanusi dedah individu ‘kawal’ Liga Malaysia
Arena bola sepak Malaysia tidak pernah sunyi dengan kisah-kisah sensasi. Terbaharu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersuara berhubung kenyataan dikeluarkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Baru-baru ini. Menerusi ciapan di Twitternya pada Isnin, Tunku Ismail menggesa Muhammad Sanusi agar mendedahkan identiti individu dimaksudkan beliau, yang didakwa ‘mengawal’ Liga Malaysia.

Bekalan mencukupi, hentikan 'percaturan dan permainan' harga ayam - MAFI
Para pemain industri ternakan ayam di negara ini diingatkan supaya tidak meneruskan 'percaturan dan permainan' harga melalui pengurangan bekalan ayam.

Mahkamah | Lelaki OKU dipenjara 15 tahun, 10 sebatan, rogol anak tiri
Seorang lelaki kurang upaya (OKU) dipenjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh hari ini, atas tuduhan merogol anak tirinya dua tahun lalu. Tertuduh yang berusia 27 tahun itu dijatuhi hukuman berkenaan selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.

Sukan SEA | Malaysia atasi sasaran 36 emas
Kontinjen negara tamatkan saingan Sukan SEA ke-31 di Hanoi dengan mengumpul 39 pingat emas, mengatasi sasaran 36 sebelum ini. Dua pingat emas terakhir disumbangkan acara beregu campuran badminton dan Muay Thai yang diraih pada Ahad.

Insiden Kepala Air | Polis kenal pasti mayat dua pendaki dihanyutkan arus
Identiti dua mayat pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki Gunung Suku di Simpang Pulai, Ipoh sudah dikenal pasti. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata mereka merupakan See Su Yen, 32 tahun, dan Ng Yee Chew, 46 tahun.

Komik pertama Batman dijual pada harga AS$1.74 juta
Naskhah lama yang menyaksikan watak Batman muncul buat kali pertama dalam komik diterbitkan pada 1939 dilelong dengan rekod bidaan AS$1.74 juta.

Tanpa pekerja asing sektor perladangan sawit rugi RM28 bilion pada 2022 - MPC
Sektor perladangan sawit dianggarkan mencatat kerugian sebanyak RM28 bilion pada 2022 jika pekerja asing tidak dibawa masuk ke Malaysia dengan kadar segera.

"Tak sangka akan bergabung pada usia 50-an" - Ziana, Anuar cipta sejarah tiket konsert habis terjual sekelip mata
Anuar dan Ziana tidak pernah sangka tiket konsert mereka akan habis dijual dalam masa singkat.

Lebuh Raya Baharu | KKR teliti cadangan pihak swasta - Fadillah
Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang meneliti beberapa cadangan daripada pihak swasta berhubung pembinaan lebuh raya baharu di Lembah Klang dan seluruh Malaysia. Menurut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, terdapat sebahagian cadangan telah diluluskan, manakala sebahagian lagi masih dalam proses.

Niaga AWANI: WEF 2022 | Belajar, cari solusi bersama peringkat global
Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 yang kembali berlangsung secara fizikal bakal membuka tirai secara rasminya hari ini dan sudah tentu, banyak perkara menjadi fokus Malaysia belajar selain mengambil amalan terbaik untuk dilaksanakan di negara ini. Najib Aroff yang kini berada di kawasan pergunungan Alps ada perincian fokus Malaysia, bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

11 lelaki ditahan dalam operasi polis di lebuh raya
Kelima-lima suspek turut merancang pergi makan di sebuah kedai berhampiran sebelum ditahan kerana melakukan lagak ala samseng jalanan di lokasi tersebut.