MALAYSIA
11 murid SRA Kampung Medan cedera dalam insiden ribut, puting beliung
Keadaan bumbung Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya musnah akibat kejadian ribut yang melanda semalam. - Gambar/ Bernama
KUALA LANGAT: Seramai 11 murid di Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Medan cedera ringan dalam insiden ribut dan puting beliung di sini pada Rabu.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.15 petang dan turut mengakibatkan kerosakan pada 40 rumah, lima sekolah serta sebuah dewan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan.
"Antara lokasi terjejas ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan, SRA Kampung Medan, SK Jalan Tanjung serta Dewan Wawasan Batu 9 Kampung Medan selain kawasan perumahan dan industri berhampiran Taman Sijangkang Jaya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohd Akmalrizal berkata, daripada 11 murid yang cedera, lima menerima rawatan di Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang manakala enam lagi dibawa pulang oleh keluarga selepas pemeriksaan awal.
“Selain itu, seorang lelaki mengalami kecederaan di bahagian mata manakala seorang wanita patah kaki selepas dihempap besi ketika kejadian.
'Kedua-duanya kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang,” katanya.
Tambahnya, walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, angin kencang dan puting beliung itu menyebabkan kerosakan serius terhadap harta benda penduduk dan bangunan sekolah.
“Kerja-kerja pembersihan dan pemotongan pokok telah dimulakan seawal jam 4.30 petang dengan kerjasama pelbagai agensi,” katanya.
Mohd Akmalrizal memaklumkan, bencana Tahap 1 telah diisytiharkan di Kampung Medan pada jam 5.30 petang oleh Pegawai Daerah Kuala Langat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
"Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dewan Harmoni Batu 7, Sijangkang pada jam 8 malam bagi menempatkan keluarga yang terjejas.
“Setakat ini, seramai 18 individu daripada lapan keluarga telah berdaftar di PPS tersebut,” ujarnya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menghampiri kawasan bencana tanpa kebenaran bagi mengelakkan kejadian tidak diingini serta tidak mengganggu operasi pembersihan dan penyelamatan yang sedang dijalankan. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seramai 11 murid Sekolah Rendah Agama Kampung Medan cedera ringan dalam kejadian ribut dan puting beliung pada Rabu yang turut menyebabkan kerosakan kepada 40 rumah, lima sekolah dan sebuah dewan orang ramai di sekitar Sijangkang Jaya.
- Dua individu dewasa turut cedera, seorang lelaki mengalami kecederaan mata dan seorang wanita patah kaki, manakala bencana Tahap 1 diisytiharkan dan sebuah Pusat Pemindahan Sementara dibuka menempatkan 18 mangsa daripada lapan keluarga.
- Kerja pembersihan dimulakan segera dengan kerjasama pelbagai agensi, dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak menghampiri kawasan bencana tanpa kebenaran bagi mengelakkan gangguan terhadap operasi penyelamatan.