IPOH: Sebelas penunggang motosikal ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata mereka yang ditahan didapati menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan, serta melakukan pemalsuan nombor kenderaan di bawah Seksyen 42 (1) dan 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 [Akta 333].
Katanya operasi dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perak itu turut menahan dua individu kerana didapati positif dadah jenis methamphetamine di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998).
"Sebanyak sembilan motosikal telah disita atas pelbagai kesalahan manakala sebanyak 187 saman trafik atas pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada pengguna jalan raya," katanya dalam kenyataan.
Yahaya berkata pihaknya akan terus menjalankan operasi bersepadu dari semasa ke semasa bagi memperkasakan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap samseng jalanan di daerah ini.
"Operasi ini merupakan salah satu usaha Polis Daerah Ipoh dalam mengurangkan kes kemalangan jalan raya di samping membantu mencegah kejadian jenayah jalanan di sekitar bandar raya ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 14 2022
YAHAYA: Sebanyak sembilan motosikal telah disita atas pelbagai kesalahan manakala sebanyak 187 saman trafik atas pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada pengguna jalan raya. - Gambar fail/BERNAMA
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
11 penunggang motosikal ditahan di Ipoh
Sebelas penunggang motosikal ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang hari ini.