[LAPOR LANGSUNG] Sumud Flotilla kini di zon berisiko tinggi menuju Gaza. Ikuti perkembangan di sini
MALAYSIA

110,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air

Bernama 01/10/2025 | 08:00 MYT
SADA memohon maaf atas kesulitan yang akan dihadapi pengguna. - Foto SADA
ALOR SETAR: Kira-kira 110,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) akan mengalami gangguan bekalan air berikutan pengurangan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang disebabkan oleh kerja-kerja pengalihan kabel pada laluan bawah tanah sepanjang 250 meter.


Ringkasan AI
  • Kira-kira 110,000 akaun pengguna SADA akan terjejas akibat gangguan bekalan air bermula 6 Okt jam 10 malam hingga 7 Okt jam 11.30 malam.
  • Gangguan berpunca daripada kerja pengalihan kabel bawah tanah sepanjang 250 meter yang menjejaskan operasi Loji Rawatan Air Pelubang.
  • Kawasan terlibat termasuk Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu, Ayer Hitam dan Pokok Sena, dengan senarai penuh boleh dirujuk di Facebook SADA.


SADA memaklumkan gangguan yang dijangka berlaku pada 6 Okt bermula 10 malam hingga 11.30 malam 7 Okt itu melibatkan beberapa kawasan di Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu, Ayer Hitam dan Pokok Sena.

"Senarai penuh kawasan terjejas boleh diperoleh menerusi laman sosial Facebook SADA," menurut SADA dalam kenyataan hari ini.

SADA turut memohon maaf atas kesulitan yang akan dihadapi pengguna.

-- BERNAMA



#Syarikat Air Darul Aman #SADA #gangguan bekalan air #LRA Pelubang