MALAYSIA
1.12 juta ahli KWSP mencarum secara sukarela berjumlah RM14.13 bilion setakat Ogos 2025 - MOF
Setakat Ogos 2025, seramai 227,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman melebihi kadar berkanun bagi caruman pekerja, menurut Kementerian Kewangan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 1.12 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencarum secara sukarela bernilai RM14.13 bilion setakat Ogos tahun ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Selasa, kementerian itu berkata dalam usaha membantu ahli membina simpanan persaraan, KWSP telah menyediakan pelbagai saluran untuk memudahkan ahli mencarum.
"Setakat Ogos 2025, seramai 227,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman melebihi kadar berkanun bagi caruman pekerja," katanya.
MOF menjawab soalan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) mengenai perancangan menggalakkan warga negara membuka akaun KWSP.
Dalam pada itu, Kementerian Kewangan berkata bagi tempoh separuh pertama 2025, i-Saraan telah merekodkan jumlah caruman sebanyak RM2.8 bilion daripada 487,375 ahli.
"Ini adalah peningkatan sebanyak 74 peratus daripada RM1.6 bilion, serta peningkatan 48 peratus bilangan ahli daripada 330,196 ahli pada separuh pertama 2024
"Manakala seramai 158,000 suami telah menyertai program i-Sayang yang melibatkan jumlah pindahan caruman sebanyak RM309.4 juta setakat Ogos 2025," katanya.
-- BERNAMA