awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,171 rakyat Malaysia pulang ke tanah air, tujuh dibawa ke hospital - Ismail Sabri

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/07/2020
06:55 MYT
1,171 rakyat Malaysia pulang ke tanah air, tujuh dibawa ke hospital - Ismail Sabri
1,164 individu telah diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka manakala tujuh individu dibawa ke hospital. - Foto fail Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Sejumlah 1,171 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan (KLIA2).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka tiba dari beberapa buah negara seperti Indonesia, Singapura, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), China, Pakistan, Brunei, Hong Kong, Vietnam, Arab Saudi, Australia dan Filipina.
"Daripada jumlah itu, 1,164 individu telah diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka (home quarantine) manakala tujuh individu dibawa ke hospital," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, PDRM telah membuat 944 pemantauan pematuhan SOP kuarantin di rumah dan mendapati kesemua mereka mematuhi SOP yang ditetapkan.
Mengikut rekod, dari 10 Jun sehingga 3 Julai lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat saringan ke atas 10,278 individu di pintu masuk KLIA.
Daripada jumlah itu, 10,231 individu didapati negatif COVID-19 dan sedang menjalankan proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing manakala 47 individu lagi didapati positif dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
Topic Berkaitan
#Hospital
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#KLIA
#KLIA2
#koronavirus
#PDRM
#PKPP
#pulang tanah air
#rakyat Malaysia
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan