awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
Perbuatan sabotaj sasar rangkaian kereta api di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11,840 anggota, pegawai bomba dibeku cuti sempena Aidilfitri

Bernama
Bernama
20/06/2016
09:12 MYT
11,840 anggota, pegawai bomba dibeku cuti sempena Aidilfitri
Anggota dan pegawai bomba negara sentiasa bersiap siaga sekiranya berlaku kecemasan. - Gambar hiasan
Jabatan Bomba dan Penyelamat membekukan cuti 11,840 anggota dan pegawainya atau 80 peratus daripada kekuatan jentera bomba dan penyelamat di seluruh negara untuk musim perayaan Aidilfitri ini.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata pembekuan cuti sejumlah besar kakitangannya adalah perkara biasa dilakukan setiap musim perayaan supaya anggota dan pegawai bomba bersiap siaga sekiranya berlaku kecemasan.
"Jumlah keseluruhan anggota dan pegawai bomba di seluruh negara ialah 14,800 orang.
"Selain melakukan rondaan di beberapa lokasi panas di lebuh raya berisiko tinggi berlaku kebakaran dan kemalangan jalan raya, mereka turut melakukan rondaan di sekitar premis yang menjadi tumpuan masyarakat," katanya kepada pemberita selepas majlis sentuhan kasih Ihya Ramadan Parlimen Tenggara di sini, semalam.
Halimah yang juga Anggota Parlimen Tenggara berkata pembekuan cuti terbabit merupakan antara pengorbanan dilakukan anggota dan pegawai bomba dan beliau merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka dan anggota keluarga.
Beliau berkata dalam masa yang sama, arahan juga sudah dikeluarkan seminggu sebelum Ramadan kepada setiap balai bomba supaya melakukan pemeriksaan bagi menentukan tahap keselamatan premis seperti pusat beli belah dan kawasan tumpuan awam, yang dijangka selesai dilakukan menjelang Aidilfitri.
Topic Berkaitan
#Aidulfitri
#anggota bomba
#beku cuti
#halimah sadique
#pegawai bomba
#perayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan