Seramai 12 anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, empat daripadanya ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lapan lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan pembabitan anggota keselamatan negara termasuk anggota polis dalam sindiket penyeludupan manusia yang bertanggungjawab atas kematian pendatang pelarian-pelarian yang ditemui dalam kubur besar di Wang Kelian, Perlis.
Tegas beliau, tiada pihak yang terkecuali termasuk pihak berkuasa tempatan, Jabatan Perhutanan mahupun kakitangan kerajaan sekalipun daripada tindakan undang-undang sekiranya didapati mendalangi sindiket berkenaan.
"Saya tidak menolak kemungkinan penglibatan termasuk anggota polis pun kita akan ambil tindakan apabila kita ada cukup keterangan dan bukti. Tiada sesiapa yang terkecuali daripada tindakan undang-undang dalam perkara ini," kata Khalid dalam sidang media selepas mengadakan progran lawatan hospital di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-208.
Sejak penemuan kubur dan khemah pelarian berhampiran sempadan Malaysia-Thailand itu, beliau mengesahkan tiada lagi penemuan kubur atau khemah pelarian baru di kawasan terbabit.
"Kita tidak percaya ada lagi sebab kita telah buat screening dan combing yang menyeluruh daripada Tangga 100 hingga ke Kampung Y. Jadi kami yakin tiada lagi kubur atau khemah yang mungkin didirikan oleh pendatang," kata Khalid.
Tambah Khalid berikutan permukaan muka bumi berbukit di kubur dan khemah pelarian berkenaan yang mencabar, pihaknya sedang berunding dengan pihak berkuasa Thailand untuk menggunakan laluan darat melalui negara berkenaan.
"Keadaan muka bumi di tempat itu amat sukar untuk kita akses ke lokasi itu. Malah semalam ada pegawai daripada Jabatan Forensik yang cedera kerana jatuh tebing."
"Kita sedang berunding dengan pihak berkuasa Thailand untuk menggunakan laluan darat melalui Satun untuk membawa masuk kenderaan kami ke lokasi untuk mengangkut apa sahaja yang dapat ditemui. Tambah lagi sekarang musim hujan kami tidak dapat mengakses masuk ke kawasan itu," katanya lagi.
Tegas beliau, tiada pihak yang terkecuali termasuk pihak berkuasa tempatan, Jabatan Perhutanan mahupun kakitangan kerajaan sekalipun daripada tindakan undang-undang sekiranya didapati mendalangi sindiket berkenaan.
Khalid juga tidak menolak faktor lokasi berkenaan dipilih sebagai transit penyeludupan manusia berikutan kawasan berkenaan yang berhutan serta berbukit dan tidak meliputi kawasan rondaan polis.
"Khemah didirikan dalam kawasan kita (Malaysia) sebab nak elak penguatkuasaan Thailand. Khemah berkenaan terletak 400 meter ke dalam kawasan kita dari sempadan."
"Mereka tahu bahawa kita tidak meronda kawasan itu sebab permukaan buminya dan mereka dapat berselindung dari pihak berkuasa Thailand kononnya ini kawasan Malaysia dan menjangka pihak berkuasa Thailand tidak akan ambil tindakan. Tetapi mereka silap."kata beliau.
Tan Su Lin, Israr Khalid
Wed May 27 2015

Tegas Khalid, tiada pihak yang terkecuali termasuk pihak berkuasa tempatan, Jabatan Perhutanan mahupun kakitangan kerajaan.

Taiwan sasar jadi destinasi pelancongan mesra Muslim
Taiwan menduduki tangga ketiga dalam kalangan destinasi bukan OIC, di belakang Singapura dan United Kingdom.
Kecerdasan buatan: peraturan terhadap AI mungkin salah, tapi penting - CEO OpenAI
Pencipta ChatGPT OpenAI berkata, peraturan yang sedang dirangka terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI) mungkin salah tetapi ia penting dan tidak perlu ditakuti.
Rusia didakwa menyeksa tahanan Ukraine dengan kejam
Menurut Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Ukraine, Erik Mose, pihaknya mempunyai bukti yang kukuh berkenaan penyiksaan kejam yang dilakukan oleh Rusia ke atas warga Ukraine.
Keputusan Perancis undurkan tentera dari Niger tidak ubah pendirian AS
Keputusan Perancis untuk menarik tenteranya dari Niger tidak akan mengubah sokongan Amerika Syarikat terhadap pemulihan demokrasi. Washington terus mendesak pembebasan Presiden Bazoum dan mengembalikan kestabilan politik.
Filipina: Alihkan 'penghalang' diletak china di Laut China Selatan
Filipina melaksanakan 'operasi khas' untuk mengalihkan penghalang terapung yang dipasang China di kawasan penangkapan ikan utama di Laut China Selatan.

Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.
China tuntut Scarborough Shoal, sekat nelayan Filipina
Jurucakap Kementerian Luar Negeri China, Wang Wenbin, berkata Shoal dan perairan berdekatan adalah wilayah asal China, di mana Beijing memiliki kedaulatan yang tidak dapat dipertikaikan.
Kes demam malaria di Kelantan catat peningkatan 84%
Kes demam malaria di Negeri Kelantan melonjak 84% sejak Januari. Daerah Gua Musang mencatat jumlah kes tertinggi. JKNK menggesa masyarakat berwaspada.
Belanjawan 2024: Kerajaan diharap sedia peruntukan tangani isu kekurangan 20,000 guru – Pakar
Kerajaan diharap menyediakan peruntukan khas bagi tujuan lantikan guru secara 'one off' bagi menyelesaikan isu kekurangan 20,000 guru di negara ini.
KKM sedia hadapi ancaman penyakit X
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa depan berhubung pandemik baharu termasuk ancaman penyakit X dalam negara.

Musa Hassan kahwini Qistina Lim
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Qistina Lim.

Muhyiddin sekali lagi akan dirakam keterangan - KPN
Polis sekali lagi akan mengambil kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan dakwaan kenyataan berkaitan orang Melayu akan hilang kuasa ketika kempen PRK Simpang Jeram.

'Mana pernah jerat lupa pelanduk' - KPN tegas usaha jejaki Jho Low masih diteruskan
Menurut Razarudin, siasatan terhadap Jasmine Loo di bawah AMLA masih diteruskan ketika ini.

Isu 3R: Kita tidak mahu institusi diraja dihina, dikutuk atau difitnah - KPN
Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memainkan isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R).

Isu 3R: Kertas siasatan terhadap Hadi, Tun Mahathir dihantar ke AGC - KPN
Polis telah melengkapkan kertas siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu 3R.

Pegawai kanan polis antara tiga ditahan SPRM - Ketua Polis Negara
Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, berkata perincian lanjut mengenai penahanan mereka akan dibuat oleh Ketua Polis Johor.

Pesawat terhempas di Elmina: Operasi pencarian 95 peratus selesai, laluan dibuka tengah hari ini
Laluan utama di Persiaran Elmina yang ditutup bagi operasi akan kembali dibuka kepada orang awam tengah hari ini.

Lebih banyak rampasan aset berkaitan kes 1MDB - KPN
Lebih banyak aset melibatkan kes 1MDB akan dirampas dalam masa terdekat susulan keterangan yang diberikan bekas peguam syarikat berkenaan Jasmine Loo Ai Swan.

Pelantikan Shuhaily sebagai Pengarah JSJ berdasarkan prestasi baik, pengalaman - KPN
Pemilihan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) baharu adalah berdasarkan pengalaman dan prestasinya yang baik sebagai bekas Ketua Polis Pulau Pinang dan K

PDRM terima permohonan notis merah kes menantu Muhyiddin - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan SPRM berhubung bantuan yang diperlukan.