awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 calon SPM terkandas banjir diselamatkan PDRM

Bernama
Bernama
30/11/2024
21:20 MYT
12 calon SPM terkandas banjir diselamatkan PDRM
Mohd Haki berkata beliau bersama pegawai dan anggotanya meredah banjir sejauh tiga kilometer bagi menyelamatkan mereka menggunakan dua bot. - Gambar fail/BERNAMA
TANAH MERAH: Sebanyak 12 pelajar terjejas banjir dari Kampung Bendang Baru, Nibong yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Isnin ini dipindahkan ke asrama mereka dengan bantuan pegawai dan anggota polis.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata beliau bersama pegawai dan anggotanya melakukan operasi menyelamat masing-masing enam pelajar lelaki dan perempuan Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab Darul Ulum Jedok yang terkandas selepas pulang dari asrama pada Khamis.
"Kami memindahkan mereka ke asrama sekolah berkenaan hari ini bagi memudahkan mereka melakukan persiapan bagi menghadapi peperiksaan itu," katanya kepada Bernama.
Mohd Haki berkata beliau bersama pegawai dan anggotanya meredah banjir sejauh tiga kilometer bagi menyelamatkan mereka menggunakan dua bot.
Beliau berkata air banjir melepasi paras dua meter menyebabkan laluan kampung berkenaan hanya boleh dilalui menggunakan bot.
"Selain itu, kami turut menyelamatkan seorang penuntut universiti yang perlu melaporkan diri esok (di kampus), yang terkandas banjir selepas pulang ke kampung pada Sabtu lepas," katanya.
Sementara itu, pelajar Norlina Mat Selleh,17, berkata banjir kali ini memberi pengalaman pahit kepadanya yang bakal menduduki peperiksaan penting.
"Apabila saya pulang ke rumah, sedikit sebanyak kejadian ini (banjir) memberi tekanan dan hilang tumpuan untuk mengulang kaji pelajaran," katanya.
Nurul Izzah Mohd Amran, 17, pula melahirkan rasa syukur kerana penduduk kampung dan pihak polis membantu memudahkan urusannya untuk pulang ke asrama bagi menduduki SPM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Supt Mohd Haki Hasbullah
#calon SPM
#asrama
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan