MALAYSIA
12 hektar hutan tanah gambut di Muar terbakar
Sekitar 12 hektar hutan tanah gambut di Batu 13 Bukit Naning, Johor dilaporkan terbakar. - Gambar/ JBPM
MUAR: Kira-kira 12 hektar (30 ekar) hutan tanah gambut di Batu 13 Bukit Naning, berhampiran Ladang Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) Bukit Naning dilaporkan terbakar hari ini.
Ringkasan AI
Komander Operasi Penguasa Bomba II Norshuhada Amasari berkata pihaknya menerima panggilan pada 9 pagi tadi dan sebanyak 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dibantu 10 anggota BBP Zon 4 bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata operasi memadam kebakaran di lokasi yang jaraknya 27 kilometer dari BBP Muar itu melibatkan pasukan B balai berkenaan, dengan kekuatan sebuah jentera FRT, sebuah unit EMRS, sebuah lori tiga tan, tiga unit RIM dan sebuah lori tangki.
"Sebaik tiba di lokasi, pasukan kami mendapati kawasan hutan dan sebahagian kebun kelapa sawit seluas kira-kira 30 ekar telah terbakar dan kami melakukan operasi pemadaman menerusi dua sektor (A dan B).
"Pemadaman di sektor A melibatkan kawasan seluas 20 ekar menggunakan kaedah satu aliran 700 kaki, tiga breaching, empat nozzle dan satu unit pam dengan sumber air terbuka manakala sektor B melibatkan kawasan seluas 10 ekar dipadam menggunakan kaedah dua aliran 600 kaki, dua breaching, tiga nozzle dan satu unit pam menerusi jentera Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Air Hitam," katanya.
"Operasi pemadaman turut melibatkan beberapa agensi lain iaitu PBS dengan enam anggota, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (lima anggota), polis (empat anggota), Jabatan Pengairan dan Saliran (lima anggota), PPNJ (lima anggota) dan Jabatan Kerja Raya (ima anggota).
"Turut digunakan adalah dua lori tangki Ranhill SAJ Sdn Bhd (SAJ) dan sebuah lori tangki Majlis Perbandaran Muar (MPM). Sehingga 5 petang hari ini, operasi pemadaman masih dilakukan," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Ringkasan AI
- Sekitar 12 hektar hutan tanah gambut di Batu 13 Bukit Naning, Johor dilaporkan terbakar, melibatkan 15 anggota Balai Bomba Muar dan 10 anggota Zon 4.
- Operasi pemadaman kebakaran melibatkan pasukan daripada pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis, Jabatan Pengairan dan Saliran, serta PPNJ.
- Operasi pemadaman masih berterusan sehingga petang hari ini, dengan turut melibatkan lori tangki dari Ranhill SAJ Sdn Bhd dan Majlis Perbandaran Muar.