12 jam cari remaja lemas di lombong

Afiezy Azaman
Disember 10, 2019 05:06 MYT
Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam lombong berdekatan Taman Putra Perdana, Puchong, pada Selasa. Foto: JBPM Selangor
Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam lombong berdekatan Taman Putra Perdana, Puchong, pada Selasa.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.02 petang, pada Isnin.
“Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengesan remaja berusia 16 tahun itu.
“Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang bermain bersama rakannya di atas sebuah bot di lombong tersebut,” katanya.
Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata gerakan mencari dan menyelamat yang dijalankan selama 12 jam akhirnya menemui remaja mayat remaja itu.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," jelasnya.
#bot #Cyberjaya #JBPM #kecemasan #lelaki #lemas #lombong #Puchong #remaja #Selangor #Taman Putra Perdana