12 kawasan diramal catat suhu panas hingga 37 Celsius - MetMalaysia

Bernama
Februari 24, 2024 12:59 MYT
Antara kawasan terlibat di Kedah ialah Pulau Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap Sik, Baling serta Kulim. - Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 kawasan di empat negeri diramalkan mengalami suhu panas tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut mulai hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kawasan terlibat ialah Perlis dan beberapa kawasan di Kedah iaitu Pulau Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap Sik, Baling serta Kulim.
Selain itu, Kuala Kangsar, Perak dan Beaufort, Sabah.
Dalam pada itu, semua kawasan lain diramal mengalami suhu maksimum harian kurang 35 darjah Celsius.
-- BERNAMA
#cuaca panas #MetMalaysia #suhu maksimum #Kedah #Perlis