KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Rabu ini di 12 lokaliti di Pahang, Kelantan dan Sabah bagi mengawal penularan COVID-19 di kawasan itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.

Ismail Sabri memaklumkan, 12 lokaliti yang dilaksanakan PKPD adalah Sungai Klau dan Sungai Chalit, Mukim Gali, Raub; Tapak Bina IBN Highland Genting Highlands, Bentong; dan Kampung Pagar Batu 6 Penjom, Lipis, di Pahang.

Selain itu, PKPD turut dilaksanakan di lapan lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Kauran di Keningau; Kampung Menengah, Kampung Buang Sayang dan Kampung Pasir Putih Sipitang di Sipitang; Kampung Mostyn Lama di Kunak dan Perumahan Ladang Pontian Kuril di Kinabatangan; Taman Kinarut di Papar dan Kampung Tawadakan di Kota Belud.

Di Kelantan, lokaliti yang dikenakan PKPD ialah Kampung Telaga Tujoh, Labok di Machang.

Selain itu, pelaksanaan PKPD di lapan lokaliti di Johor dan Sabah akan dilanjutkan selama 14 hari bermula 28 Julai hingga 10 Ogos.

Kawasan terbabit ialah FELDA Maokil, Muar, Johor; Kawasan Sekitar Kampung Patikang Ulu, Keningau, Sabah (Kampung Patikang Ulu, Kilang dan Kuarters Focus Lumber, Kilang dan Kuarters Veracity, Kilang dan Kuarters Hasil Jadi, Pusat Memandu IDA dan Penempatan Warga Indonesia), selain Kampung Madsiang, Penampang, Sabah

Sementara itu, Ismail Sabri turut memaklumkan penamatan PKPD di tujuh lokaliti bermula Selasa iaitu FELDA Lembah Klau, Mukim Gali, Raub dan Flat Taman Benus Jaya, Bentong di Pahang; Taman Muhibbah Fasa 1, 2 & 3, Beaufort dan Apartment Beverly Hills Fasa 2 serta Kampung Kobusak di Penampang di Sabah.

Kampung Kendaie dan Kampung Bukit Batu, Lundu, Kuching di Sarawak dan Kampung Bukit Tanah, Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh, di Kelantan.