MALAYSIA
12 mayat bot karam dihantar ke HSB untuk bedah siasat
Dua belas mayat mangsa bot karam dibawa dari Hospital Sultanah Maliha menggunakan sebuah trak polis dan tiba di Jeti APMM Bukit Malut pada 7.20 pagi tadi. - Foto BERNAMA
LANGKAWI: Sebanyak 12 mayat bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi ini.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Khairul Azhar Nuruddin berkata mayat berkenaan terdiri daripada 10 lelaki dewasa serta masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.
"Sebelum ini kita telah menghantar 12 mayat ke HSB pada Selasa lepas, diikuti empat mayat pada 3 petang semalam.
"Semua mayat itu telah selesai dibedah siasat, manakala sebanyak 12 mayat yang dihantar ke HSB hari ini dijangka dibedah siasat pada hari ini dan esok," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata dengan penghantaran kesemua mayat itu ke HSB, tiada lagi mayat mangsa bot karam di Hospital Sultanah Maliha (HSM), di sini.
Sementara itu, satu mesyuarat bersama pihak berkuasa agama Islam negeri dijangka diadakan esok bagi menentukan langkah seterusnya termasuk berkaitan pengebumian mayat berkenaan.
Mengulas mengenai 14 mangsa yang ditemukan selamat, Khairul Azhar berkata kesemua mereka masih dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.
Terdahulu, 12 mayat mangsa bot karam berkenaan dibawa dari HSM menggunakan sebuah trak polis dan tiba di Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Bukit Malut di sini pada 7.20 pagi tadi.
Mayat itu kemudian dihantar ke Kuala Perlis, Perlis menggunakan sebuah bot Polis Marin sebelum dibawa ke HSB.
Setakat ini, 28 mangsa dipercayai etnik Rohingya ditemukan maut, manakala 14 lagi selamat selepas sebuah bot dipercayai membawa 70 pendatang tanpa izin karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sebanyak 12 mayat bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi ini.
- Mayat terdiri daripada 10 lelaki dewasa, seorang kanak-kanak lelaki, dan seorang kanak-kanak perempuan; kesemua mayat telah dibedah siasat.
- 14 mangsa yang selamat masih ditahan polis untuk siasatan lanjut, sementara mesyuarat pihak berkuasa agama Islam negeri dijadualkan esok untuk urusan pengebumian mayat.