KUBANG PASU :Percubaan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk pulang ke negara asal mereka melalui laluan tikus di sempadan Malaysia-Thailand secara haram gagal apabila mereka dicekup polis, pagi Khamis.
Kesemua warga Myanmar itu berusia 18 hingga 35 tahun yang terdiri dari sembilan lelaki dan tiga wanita itu ditahan pada jam 9 pagi oleh anggota dan pegawai Balai Polis Bukit Kayu Hitam dan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di kebun getah Felda Bukit Tangga.
Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, kesemua mereka ditahan ketika sedang berjalan kaki menuju ke kebun getah di kampung berkenaan.
Kumpulan PATI itu dipercayai masuk ke negara ini melalui sindiket tidak bertanggungjawab dengan menggunakan pengangkutan kereta dan menjadikan kawasan kebun getah berkenaan sebagai tempat transit sementara.
Hasil siasatan PATI terbabit mengaku membayar RM2,900 setiap seorang kepada sindiket warga asing yang berpangkalan di Sitiawan, Perak.
Kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen mengenalan diri yang sah.
Kesemua mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
Polis meningkatkan kawalan di sempadan terutama dalam membendung penularan COVID-19 ke negara ini.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jan 14 2021
Kesemua PATI Myanmar yang ditahan ini tidak mempunyai sebarang dokumen mengenalan diri yang sah. - Foto: PDRM
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
650 pendatang tanpa izin warga Filipina diusir ke negara asal
Kesemua PATI bitu dihantar melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina menggunakan kapal MV Antonia 1.
Imigresen Pahang tahan 30 pendatang asing tanpa izin
Mereka ditahan dalam satu operasi yang dijalankan di beberapa rumah sekitar daerah Kuantan pada semalam hingga awal pagi tadi.
Pusat beli-belah digempur, 46 pekerja warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan 46 pendatang asing tanpa izin yang bekerja di sebuah pusat beli-belah terkenal dekat Jalan Imbi.
Cubaan enam PATI menyusup keluar pulang ke negara asal gagal
Enam PATI ditahan Maritim Malaysia selepas gagal meloloskan diri pulang ke negara asal di perairan Tampok, Pontian.
Ops Pintu: Imigresen Perak tahan 158 PATI di kawasan ‘hot spot’
Kesemua PATI itu ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
Tahanan lolos di Bidor: 10 lagi ditahan semula setakat 5 petang Sabtu
Seramai 10 lagi tahanan yang meloloskan diri dari Depot Sementara Imigresen Bidor pada Khamis, berjaya diberkas semula setakat pukul 5 petang Sabtu.
Pendatang lolos di Bidor: 39 ditahan setakat 8 malam ini - Polis
Sebanyak 39 daripada 131 pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis lepas, telah ditahan setakat 8 malam ini.
Tahanan lolos di Bidor: 37 ditahan setakat petang ini - KP Perak
Sebanyak 37 pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis lepas, berjaya ditahan setakat 6 petang ini.
13 pekerja hotel antara 20 pendatang asing tanpa izin ditahan di Melaka
Mereka ditahan dalam beberapa siri serbuan berasingan bermula 9 pagi hingga 11 malam pada Selasa.
Kilang diserbu, 30 PATI lari bertempiaran masuk hutan
Bukan saja lari masuk hutan, ada PATI yang ambil risiko lompat pagar elak dicekup pihak berkuasa.