awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 termasuk warga emas ditahan berjudi di tepi sawah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
25/07/2022
01:20 MYT
12 termasuk warga emas ditahan berjudi di tepi sawah
Antara individu yang ditahan kerana bermain judi Pok Deng. - Foto PDRM
ALOR SETAR: Bertempiaran lari ke dalam sawah apabila terkejut lokasi perjudian di sebuah pondok di tepi sawah dekat Taman Bersatu, Kuala Kedah diserbu pada Ahad.
Bagaimanapun kesemua 10 lelaki dan dua wanita itu berjaya ditahan selepas seluruh kawasan itu telah dikepung.
Kesemua mereka ditahan kerana bermain judi Pok Deng.
Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada jam 4 petang tadi.
“Ketika serbuan dilakukan, terdapat 12 individu yang terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita sedang leka bertaruh.
“Kesemua mereka berusia antara 50 hingga 73 tahun dan turut ditahan seorang lelaki berusia 57 tahun disyaki penganjur,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Jelas Mohd Roze, polis merampas 52 keping daun terup, empat buah kerusi plastik hitam, satu alas pelapik meja.
Turut dirampas wang tunai kertas berjumlah RM5,948 yang digunakan dalam pertaruhan judi terbabit.
“Siasatan awal polis mendapati kumpulan ini telah melakukan aktiviti perjudian di kawasan itu sejak tiga bulan lalu dan setiap minggu mereka akan memlih tiga hari untuk bertarung,” ujarnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#judi
#warga emas
#sawah
#Mohd Roze Shaari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan