MALAYSIA
13 didakwa jadi ahli kumpulan 'Geng Captain Praba'
Seramai 13 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Captain Praba'. - Foto Bernama
SEPANG: Seramai 13 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai 'Geng Captain Praba'.
Ringkasan AI
Mereka ialah M. Lavindran, 27, M. Meganathan, 37, M. Tinesh, 20, K. Utayaragu, 29, M. Thinesh, 31, S. Jeevan, 19, J. Sangaranarayanan, 28, P. Joshua, 35, M. Devindran, 25, M. Nokarju, 29, S. Tivagaran, 22, S. Logeswaran, 26, dan D. Vijayakumar, 36.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Mahang, Kampung Sungai Jarom, Jenjarom, Kuala Langat antara Disember 2023 hingga 11 Sept 2025 mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa manakala 10 tertuduh iaitu Lavindran, Tinesh, Utayaragu, Thinesh, Jeevan, Joshua, Devindran, Nokarju, Tivagaran dan Logeswaran diwakili peguam P. Kunyalam.
Meganathan, Sangaranarayanan dan Vijaya Kumar pula tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin dan menetapkan 10 Nov ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- 13 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Captain Praba di Jenjarom, Kuala Langat antara Disember 2023 hingga 11 Sept 2025.
- Pertuduhan di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun; tiada pengakuan direkodkan kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
- Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 10 November untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.