13 kes baharu direkodkan, berikut tumpuan kenyataan media KKM

Nursyazwani Saiful Sham
Julai 29, 2020 09:17 MYT
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan dua kes positif COVID-19 kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kematian direkodkan hari ini, jumlah kematian kekal 124 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat penambahan 13 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dua kes positif COVID-19 kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kematian direkodkan hari ini, jumlah kematian kekal 124 kes.
Berikut tumpuan kenyataan media KKM hari ini;
1) Terdapat 13 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 8,956 kes
2) Daripada 13 kes baharu, lapan kes adalah kes import dan lima kes adalah penularan dalam negara
3) Terdapat lima kes pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 8,612 kes
4) Kluster Mambong: Sehingga hari ini, 198 orang telah disaring, tujuh dikesan positif
5) Kluster Sentosa: Sehingga hari ini, 1,026 orang telah disaring, 31 dikesan positif
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #ICU #Kementerian Kesihatan #kes positif #KKM