awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 kontena terbakar: Siasatan dilakukan termasuk ikrar palsu - Loke

Bernama
Bernama
08/06/2023
08:32 MYT
13 kontena terbakar: Siasatan dilakukan termasuk ikrar palsu - Loke
Anthony Loke berkata, siasatan masih dilakukan oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Northport sama ada bahan yang diikrar itu adalah benar atau tidak. - Gambar fail
SHAH ALAM: Siasatan berhubung punca kejadian kebakaran 13 kontena di kawasan kontena milik Northport (Malaysia) Bhd dekat Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, semalam dijalankan membabitkan segenap aspek termasuk pengikraran palsu.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata siasatan masih dilakukan oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Northport sama ada bahan yang diikrar itu adalah benar atau tidak.
"Kita masih siasat apakah puncanya tetapi saya tidak mahu buat kesimpulan ketika ini kerana siasatan terperinci sedang dijalankan.
"Kalau ikrar palsu, itu satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, maka kita perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak tersebut," katanya kepada media selepas majlis penyampaian Sijil Pematuhan untuk Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) ISO 37001:2016 kepada LPK di sini hari ini.
Loke berkata pihaknya mengambil berat terhadap pengikraran barangan di dalam kontena bagi memastikan keselamatan selain beberapa kawalan akan diperketat untuk mengelakkan kejadian sebegitu berulang.
Sebanyak 13 kontena mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran pagi semalam, namun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dan operasi pelabuhan juga tidak terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kontena terbakar
#siasatan
#Anthony Loke
#ikrar palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan