awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APEC: Permintaan elektrik di negara anggota diunjur melonjak menjelang 2060
KPKT peruntuk RM20 juta turap semula 400 jalan perumahan di Ipoh
Daftar Pemilih Tambahan November 2025 dibuka untuk semakan - SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 laluan di N. Sembilan ditutup susulan tanah runtuh, banjir

Bernama
Bernama
02/01/2022
07:47 MYT
13 laluan di N. Sembilan ditutup susulan tanah runtuh, banjir
Sebuah jengkaut dilihat meredah laluan Jalan Tampin-Gemas yang dinaiki air ekoran hujan lebat sejak pukul 5 pagi semalam, ketika tinjauan hari ini. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Sebanyak 13 laluan melibatkan lima daerah di Negeri Sembilan ditutup untuk semua kenderaan manakala empat lagi hanya dibuka untuk kenderaan berat susulan jalan runtuh dan dinaiki air setakat 2 petang ini.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan Ir Wan Hasnan Wan Musa berkata laluan berkenaan melibatkan Tampin iaitu sebanyak tujuh jalan, Jelebu (4), Jempol (3), Kuala Pilah (2) dan satu di Seremban.
Antara jalan tersebut ialah Jalan Segamat-Gemas, Londah-Gemas, Jelai-Bahau, Jeram Toi, Kuala Klawang-Genting Peras, Felda Titi dan Stesen Pemancar Gelombang Telapak Buruk.
"Pembukaan jalan ini akan dilakukan dalam tempoh terdekat selepas selesai kerja pembaikan selain bergantung kepada keadaan semasa jalan berkenaan selepas banjir. JKR akan sentiasa berusaha mencari jalan alternatif dan menguar-uarkan kepada pengguna," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Banjir | Perkembangan terkini di Tampin sehingga pukul 3 petang Ahad
Justeru, beliau menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan dan sentiasa berwaspada dengan papan tanda amaran banjir serta jalan ditutup selain menggunakan laluan alternatif untuk ke destinasi masing-masing.
"Pengguna juga boleh merujuk laman sesawang bilik gerakan bencana (BiGBen) JKR iaitu di bencanaalam.jkr.gov.my atau boleh hubungi talian 06-7659659/9614 untuk mengetahui perkembangan terkini bencana dan keadaan jalan raya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#jalan tutup
#tanah runtuh
#banjir negeri sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan