awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 mangsa banjir kilat dipindahkan ke PPS Gelang Patah

Sinar Harian
Sinar Harian
12/06/2023
09:05 MYT
13 mangsa banjir kilat dipindahkan ke PPS Gelang Patah
Anggota bomba bersama salah seorang daripada tiga yang diselamatkan dalam insiden banjir kilat di kampung berkenaan. -Foto bomba
ISKANDAR PUTERI: Seramai 13 mangsa melibatkan sembilan perempuan dewasa, seorang lelaki kurang upaya (OKU) dan tiga bayi dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Gelang Patah susulan banjir kilat di Kampung Baru Muafakat, di sini, pada Isnin.
Menurut Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Mohd Hairi Zainddin, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara berkenaan sekitar 12.12 tengah hari.
Katanya, sejurus menerima panggilan tersebut, seramai 13 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri serta enam anggota bomba (BBP Pekan Nenas) dengan dua jentera FRT, Utiliti (satu) dan dua bot dihantar ke lokasi.
"Sebaik tiba ke lokasi didapati kawasan Jalan Jeluntas 1, Kampung Baru Muafakat telah dilanda banjir.
"PKO kemudiannya bertindak memindahkan kesemua mangsa ke PPS Dewan Gelang Patah," katanya.
Tambah Mohd Hairi, operasi masih diteruskan di kawasan berkenaan ketika ini. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#lelaki kurang upaya
#PPS
#Dewan Gelang Patah
#Kampung Baru Muafakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan