MALAYSIA
1,333 pendatang tanpa izin ditahan cuba memasuki Malaysia melalui perairan Langkawi sejak 2020
Menurut data yang dikeluarkan Maritim Malaysia, kesemua tangkapan itu membabitkan sembilan kes, iaitu 24 tekong dan kru laut turut ditahan bagi tempoh sama. - Gambar fail/Bernama
LANGKAWI: Sebanyak 1,333 pendatang tanpa izin termasuk warga Myanmar etnik Rohingya yang cuba memasuki negara ini melalui perairan Langkawi dan Kedah berjaya ditahan antara 2020 hingga tahun ini.
Ringkasan AI
Menurut data yang dikeluarkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), kesemua tangkapan itu membabitkan sembilan kes, iaitu 24 tekong dan kru laut turut ditahan bagi tempoh sama.
Kebanyakan migran dan tekong atau kru laut berkenaan ditahan di perairan Langkawi selain Kuala Kedah, ketika cuba mendarat di negara ini.
Pada tahun ini, terdapat dua kes tangkapan melibatkan 436 migran yang ditahan di Pantai Teluk Yu dan perairan Pulau Rebak Besar, Langkawi.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata kedudukan Langkawi yang hanya 2.5 batu nautika dari sempadan Thailand menjadikannya lokasi pilihan untuk mendarat sebelum dibawa ke tanah besar.
"Untuk sampai ke Malaysia akan sampai Langkawi dulu, jadi Langkawi ini paling dekat dan mereka bukan datang ke Langkawi untuk terus berada di sini tetapi akan dibawa ke mana-mana tempat di negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, kebanyakan migran sanggup menghadapi risiko perjalanan berbahaya dan mengharungi laut tanpa perlindungan keselamatan, serta membayar sejumlah wang kepada sindiket.
Romli berkata pihaknya percaya cubaan migran memasuki negara ini melalui laluan laut banyak bergantung kepada kepada keadaan cuaca.
"Jadi, kebanyakan kes berlaku pada hujung dan awal tahun ... disebabkan trend itu juga kita telah menggerakkan Ops Guard sejak 2022 hingga kini, dan apabila kita dapat info kemasukan migran kita lancarkan operasi itu.
"Pada tahun ini kita lancarkan Ops Guard 5.0 dan kebetulan berlaku kes kemasukan migran maka dapat bertindak cepat," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- 1,333 pendatang tanpa izin termasuk warga Rohingya ditahan di perairan Langkawi dan Kedah antara 2020 hingga kini oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
- Langkawi menjadi lokasi pilihan disebabkan kedudukannya yang berdekatan dengan sempadan Thailand, memudahkan migran untuk mendarat sebelum dihantar ke destinasi lain di Malaysia.
- Migran sanggup hadapi risiko perjalanan berbahaya melalui laut tanpa perlindungan keselamatan, membayar wang kepada sindiket; operasi Ops Guard dilancarkan untuk merespon keadaan dengan cepat.